Gempa bumi kuat landa kepulauan Auckland

Bernama
Julai 11, 2017 11:53 MYT
Gempa tersebut berlaku pada 3 petang ini.
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Auckland di New Zealand hari ini, 7326 kilometer tenggara Sarikei di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa tersebut berlaku pada 3 petang ini.
Jabatan itu berkata, gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.
-- BERNAMA
#Auckland #gempa bumi #New Zealand