JAKARTA: Satu kejadian gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai Timor Timur hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS memaklumkan, gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung timur Pulau Timor yang terbelah antara Timor Timur dan Indonesia.

Susulan itu, Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) telah mengeluarkan amaran tsunami.

BACA: Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

Kumpulan penasihat tsunami turut menyatakan gempa bumi itu mungkin berupaya menghasilkan gelombang tsunami hingga boleh menjejaskan rantau Lautan Hindi.

Memiliki 1.3 juta penduduk, Timor Timur yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, baru sahaja meraikan ulang tahun ke-20 kemerdekaannya.