Gempa bumi sederhana 5.1 magnitud landa Ranau - Jabatan Meteorologi Malaysia
Astro Awani
Jun 13, 2015 00:16 MYT
Jun 13, 2015 00:16 MYT
Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.1 magnitud dilaporkan melanda Sabah awal pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi maklumat yang dimuat naik di laman Facebooknya, kejadian berlaku pada pukul 2.29 pagi pada kedalaman 10 kilometer di Ranau dan kira-kira 25 kilometer ke tenggara Kota Belud.
Selain Ranau, gegaran turut dirasai di Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.
#Beluran
#gempa
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Keningau
#Kinabatangan
#Kota Belud
#Kota Marudu
#Kudat
#Ranau