Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 berjaya bawa keluar tiga mayat

Faida Rahim
Februari 9, 2023 14:55 MYT
Tiga mangsa termasuk seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi kanak-kanak yang telah meninggal dunia.
ISTANBUL: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya menemui tiga jasad di bawah runtuhan bangunan tujuh tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Menerusi maklumat dikemas kini di Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pasukan MAS-01 SMART berjaya membawa keluar tiga jasad yang terperangkap di bawah runtuhan selepas dua jam operasi pencarian.
Difahamkan, tiga mangsa itu termasuk seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi kanak-kanak yang telah meninggal dunia.
Turut membantu pasukan SMART ialah anggota Angkatan Tentera Turkiye di lokasi kejadian.
Terkini, lebih 17,000 terkorban di Turkiye dan Syria, dengan usaha SAR dipergiat dan usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.
#Gempa bumi Turkiye #pasukan SMART #manga runtuhan bangunan #NADMA