PUTRAJAYA: Perkhidmatan awam harus menggenggam semangat 'Keluarga Malaysia' sebagai konsep penting dalam mengatur strategi memulihkan semula ekonomi dan menyusun semula negara dalam era pasca pandemik COVID-19 dan fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan setiap anggota Jemaah Menteri untuk memastikan enam teras utama petunjuk prestasi utama (KPI) diberi perhatian dan kesemua elemen itu akan dinilai dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan.
KPI tersebut adalah menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; meningkatkan kesejahteraan sosial; mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.
"Sebagai anggota perkhidmatan awam, di atas bahu kita semualah segala harapan dan jangkaan rakyat diletakkan bagi memastikan pencapaian KPI ini boleh dilaksanakan dengan cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Webinar PPTD-INTAN-UM Peranan Perkhidmatan Awam dalam Pembinaan Negara secara maya pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Zuki mengakui perkhidmatan awam yang dipacu pada hari ini sangat berbeza situasi dan keadaannya berbanding dengan apa yang dilalui oleh generasi terdahulu.
Malah, katanya tiada siapa menyangka pandemik COVID-19 merubah hampir keseluruhan cara berfikir, bekerja dan menguruskan negara.
"Malah, tiada siapa pun di antara kita yang berpengalaman dalam berdepan situasi ekonomi, sosial dan politik yang begitu dinamik seperti hari ini.
"Alhamdulillah, perkhidmatan awam yang kita pacu bersama-sama hari ini berjaya melalui segala cabaran yang melanda dengan baik," katanya.
Menurutnya penjawat awam perlu berdedikasi dan memberi tumpuan berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat susulan norma baharu tugasan seperti Bekerja Dari Rumah dan hanya hadir ke pejabat mengikut giliran atau keperluan kerja.
Justeru, beliau meminta penjawat awam supaya peka tentang keperluan semasa dan kehendak pelbagai pemegang taruh dengan pengaplikasian teknologi digital terkini agar segala dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
MOHD ZUKI: Sebagai anggota perkhidmatan awam, di atas bahu kita semualah segala harapan dan jangkaan rakyat diletakkan bagi memastikan pencapaian KPI ini boleh dilaksanakan dengan cemerlang. -Bernama
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.