Gerakan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Josephine Lee Mei Li sebagai calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.
Choong berkata pengumuman awal itu sebagai strategi bagi membolehkan calon bekerja lebih awal, sekaligus memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap individu berkenaan.
"Harapan kita bagi memenangi hati pengundi muda yang angkanya mencecah sehingga 55 peratus, dan daripada jumlah itu juga merupakan pengundi perempuan dan ini cabaran terbesar kita untuk memenangi kerusi tersebut.
"Kita perlukan calon muda yang boleh menjadi ikon, agresif, berkredibiliti serta mempunyai hala tuju jelas dalam usaha memastikan kemenangan pada PRU akan datang," katanya pada sidang media pengumuman calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Kepayang, di sini, hari ini.
Choong mengakui kawasan Bukit Kepayang merupakan kubu kuat pembangkang, iaitu DAP namun tidak mustahil bagi BN memenangi kerusi itu sekiranya parti komponen berganding bahu membantu jentera parti.
Pada PRU-13, kerusi Bukit Kepayang dimenangi calon DAP, Cha Kee Chin menewaskan calon Gerakan, Wong Oi Foon dengan majoriti 9,457. Setakat ini, jumlah pengundi di Bukit Kepayang hampir 25,000 orang dengan 58 peratus merupakan pengundi Cina.
Lee, 40, yang dilahirkan di Klang, Selangor, merupakan anak kedua daripada tiga beradik, dan membesar di Seremban dan ketika ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan dalam bidang pengurusan.
Sementara itu, Lee yang juga aktif sebagai penceramah dalam bidang keusahawanan, berkata pada usianya ketika ini, beliau berasa bertuah kerana mempunyai pengalaman dalam generasi X dan Y.
"Apa yang saya lihat ketika ini adalah untuk mengatasi 'dystopia' dalam kalangan anak muda terhadap kerajaan terutamanya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi, persepsi atau gambaran yang benar perlu diberikan bagi memastikan mereka memperoleh maklumat benar," katanya.
Mengenai satu lagi kawasan diperuntukkan kepada Gerakan iaitu DUN Senawang, Choong berkata beliau akan bertanding kerusi berkenaan, namun sekiranya terdapat calon lebih baik, beliau sedia memberi laluan kepada calon tersebut.
Sebelum ini, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan Choong sebagai calon bagi kerusi DUN Senawang. Dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU-13, Choong dan calon Bebas, S. Karthigen tewas kepada calon DAP, P. Gunasekaran dengan majoriti 4,805 undi. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 11 2017
Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Negeri Sembilan (Gerakan) Datuk David Choong Vee Hing (kiri) melihat peta kawasan DUN Bukit Kepayang pada Majlis Memperkenalkan Calon DUN Bukit Kepayang Josephine Lee Mei Li (kanan) hari ini. - Foto Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.