KUALA LUMPUR:Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan alasan untuk sesetengah akar umbi parti hilang adab serta menggadaikan institusi kepresidenan, tegas Datuk Hasan Abd Rahman.
Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, beliau kecewa ada akar umbi yang termakan dengan hasutan untuk memecah-belahkan parti dengan menyeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.
Tegasnya lagi, perbuatan itu adalah bertentangan dengan budaya orang Melayu kerana tidak beradab dan wajar digelar sebagai petualang dalam parti.
“Polemik politik murahan sebegini hanya akan melenyapkan sistem dan parti kita sendiri. Tanamkan keyakinan dan sokongan kepada institusi Presiden, Timbalan dan barisan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO Malaysia.
“Ikutlah budaya kita orang Melayu. Perbezaan pendapat itu perkara biasa, setiap kesilapan tidak semestinya kesalahan tetapi janganlah mengkhianati perjuangan nan suci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasan berkata, akar umbi parti diseru menyantuni rakyat dengan mengembalikan keyakinan terhadap UMNO.
Tambahnya lagi, fokus juga harus diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi negara dan rakyat akibat terkesan dengan wabak pandemik COVID19.
“Perbezaan pendapat itu perkara biasa, setiap kesilapan tidak semestinya kesalahan tetapi janganlah mengkhianati perjuangan nan suci.
“Kita semua perlu ada kekuatan diri dalam menghadapai pelbagai cabaran, ini kerana setiap kelemahan akan mempengaruhi psikologi. Justeru itu, UMNO Bahagian Jasin konsisten untuk memperjuang dan menjuarai isu rakyat dulu kini dan selamanya,” katanya lagi.
Justeru beliau berkata, semua ahli perlu menggunakan sokongan dan mandat UMNO dalam Belanjawan 2021, untuk semua pihak menerima manfaat.
Firdaus Azil
Wed Jan 27 2021
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Gesa Zahid Hamidi letak jawatan perbuatan tidak beradab petualang dalam parti - Ketua UMNO Jasin
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri
ADUN Sungai Rambai, bekas kerani nafi seleweng dana NBOS
Tertuduh Hasan Abd Rahman, 57; dan Khuzaimah Abdullah, 34, yang masing-masing dihadapkan atas 34 pertuduhan berasingan, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok
Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh pada Selasa.