GKP 4.0: Penerangan bersahaja Tengku Zafrul bersama 'Cik Yah' curi tumpuan

Hilmi Malik
September 21, 2021 13:24 MYT
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil bersahaja menerangkan proses permohonan GKP 4.0 bersama pemilik akaun animasi 'Cik Yah' di Instagram. - Foto Instagram/@cikyahofficial
KUALA LUMPUR : Telatah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi penjelasan berhubung Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) bersama Cik Yah di media sosial jadi tumpuan.
Menerusi video yang dimuat naik akaun animasi Cik Yah di laman Instagram, penerangan yang dilakukan secara santai itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai untuk memahami proses bantuan berkenaan.
Video berdurasi 4 minit 59 saat itu memaparkan Tengku Zafrul melakukan penerangan mengenai bantuan GKP 4.0 bersama Cik Yah.
Konsep tersebut juga dilihat mudah difahami khususnya bagi golongan luar bandar untuk memahami proses bantuan berkenaan sebelum membuat sebarang permohonan.
Menerusi video berkenaan, Tengku Zafrul turut memaklumkan, mana-mana individu yang pernah membuat permohonan sebelum ini akan menerima bantuan secara automatik.
Tampil secara bersahaja, Tengzu Zafrul sempat menyampaikan salam kononnya buat seluruh penduduk kampung di kawasan Cik Yah.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengingatkan orang ramai agar merujuk kepada portal GKP sekiranya timbul sebarang persoalan bagi mendapatkan penjelasan.
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #Instagram #Menteri Kewangan #Cik Yah #Bantuan Geran Khas Prihatin #gkp