Golongan cerdik pandai dalam PAS dikatakan sedang 'disembelih' sesetengah golongan di dalam parti itu sendiri kata bekas Naib Presiden Umno yang kini menganggotai parti itu, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Katanya yang turut dikenali sebagai Mat Taib, perbuatan seumpama itu merugikan parti PAS sendiri.
"Kita nak maju ke depan. Bukannya bergaduh sesama sendiri. PAS perlu pemimpin yang akan menyatupadukan parti ini.
"Melihat kepada keadaan parti ini sekarang, saya percaya Ahmad Awang adalah orangnya," katanya dalam satu forum bertajuk Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Tambahnya, beliau bukan 'merajuk' dengan PAS tetapi lebih kepada terkilan kerana pimpinan parti tidak bersama-sama dalam memacu parti ke depan.
BACA: Seminggu yang kritikal untuk PAS
BACA: Muktamar PAS jadi penentu hala tuju parti
BACA: Muktamar perteguh keazaman PAS laksana hudud - Penganalisis
"Peluang sudah ada, apa yang perlu dibuat adalah bersatu bukan sahaja sesama ahli parti tetapi juga rakan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.
Turut hadir dalam forum tersebut adalah calon Presiden Ahmad Awang dan calon ahli jawatankuasa pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Mereka berdua akan bertanding dalam pemilihan parti ketika Muktamar Tahunan Pas yang ke-61 dari 4 hingga 6 Jun bertempat di Stadium Kuala Selangor.
Ini kali pertama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar sepanjang beliau berada dalam jawatan tersebut selama 12 tahun.
Kali terakhir jawatan Presiden dipertandingkan adalah pada Muktamar Kelima PAS, kira-kira 55 tahun dahulu.
Menjelang pemilihan PAS Jun depan, muktamar kali ini dilihat banyak pihak sebagai satu muktamar bagi menentukan saf kepimpinan yang mantap.
Walaupun ada yang berpandangan muktamar kali ini sebagai penentu saf kepimpinan, sama ada golongan ulama terus memimpin atau golongan profesional mendominasi PAS ke alaf baru.
Hafiz Marzukhi
Sun May 31 2015
Muhammad (kanan) menyifatkan perbuatan ini merugikan parti PAS sendiri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.
UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi
Pas memerlukan UMNO menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.
Fungsi JAKIM disemak semula - PM
Satu kumpulan akan ditubuhkan bagi membincangkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara ini.
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.