Negara-negara yang selama ini 'senyap' perlu keluar dari 'kepompong' dan lantang serta mengambil pendekatan berbeza untuk menumpaskan ekstremis militan serta ideologi mereka.
Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM, Azmi Hassan berkata, ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu pendekatan baru itu disifatkan ditujukan kepada golongan 'senyap' agar kumpulan ekstrimis tahu tindakan mereka diperhatikan.
"Saya setuju ucapan Perdana Menteri itu, kita harus sentiasa bersederhana.
"Dan paling penting golongan senyap harus keluar dan lantang dari segi gerak kerja supaya golongan ekstrem tahu tindakan mereka diperhatikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azmi mengulas ucapan Najib pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York mengenai realiti dunia yang perlu mendepani penyelewengan yang dilakukan golongan yang tidak mengikut ajaran agama sebenar.
Sebelum ini, Azmi di dalam sebuah akhbar memberitahu faktor dasar luar Malaysia yang berpaksikan kepada konsep kesederhanaan adalah antara penyebab utama mengapa kuasa besar seperti AS dan China boleh bekerjasama.
Ia dilihat terutama sekali di perairan Laut China Selatan yang begitu sensitif kerana beberapa negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370.
Dalam pada itu jelas Azmi, golongan 'senyap' juga tidak boleh diandaikan setuju dengan pelbagai situasi dunia sekarang.
"Senyap bukan bererti setuju, kita telah bersuara dan boleh menyatukan dunia.
"Susulan tadi kita lihat penyatuan bersama dan penyatuan bersama menjadi prisip untuk memastikan golongan ini boleh menggugat kedamaian dunia," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, apabila wujud perbezaan serangan, pastinya wujud satu kumpulan untuk memastikan ideologi berkenaan tidak berkembang.
Jelasnya, perkembangannya tidak boleh dihalang selain mudah masuk ke merata tempat di dunia secara licik dan senyap.
"Ia hanya disedari apabila wujud serangan demikian rupa, di atas prinsip itu seluruh negara boleh bersama guna pendekatan berkongsi maklumat.
"Ia dapat memastikan tindakan kumpulan ini dapat dikekang segera dan selain tidak boleh bersikap retorik," katanya.
Najib di dalam ucapannya turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk menghentikan aliran wang dan rekrut kepada kumpulan ekstremis dan komited untuk terus menawarkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas oleh peperangan.
Astro Awani
Sat Sep 27 2014
AZMI: Golongan 'senyap' perlu keluar dan lantang tumpaskan ekstrimis. -Gambar fail
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.