Ini sekali gus membuatkan sejumlah proses pengambilalihan tidak dapat dilakukan, dan syarikat teknologi gergasi sendiri berpada-pada dalam proses pengambilalihan.
Menyedari perkara ini, Google kini dilihat mencuba kaedah berbeza berbanding pengambilalihan biasa.
Terbaharu, Character.AI mengumumkan mereka akan melesenkan teknologi bahasa raya yang dibangunkan mereka secara tidak eksklusif kepada Google – dan pada masa yang sama, perjanjian ini akan membolehkan Character.AI dalam terus membangunkan produk-produk berasaskan kecerdasan buatan oleh mereka.
Di samping itu, pengasas dan sejumlah pasukan pengkaji di Character.AI akan turut menyertai Google. Sebahagian pasukan akan kekal membangunkan produk sedia ada di Character.AI.
Perkongsian terbaharu oleh pihak Character.AI ini hadir selang beberapa hari selepas desas-desus mengatakan Elon Musk menyasarkan pengambilalihan syarikat berkenaan di bawah firma xAI. -Amanz