Walaupun Pulau Kapas ditutup kepada orang ramai dari Oktober hingga Februari, Majlis Daerah Marang tetap mengambil langkah proaktif mengadakan operasi pembersihan secara berkala sekurang-kurangnya dua bulan sekali di pulau peranginan itu.
Ini kerana tinjauan Bernama di pulau itu mendapati walaupun tanpa pelawat, sampah sarap tetap muncul di kawasan pantainya, bukan setakat botol dan cebisan plastik, tetapi juga serpihan bot, tali dari kapal-kapal besar serta pukat-pukat nelayan, yang dibawa ombak dan angin kuat terdampar di pantainya.
Pegawai Daerah Marang, Tun Faisal Tun Abd Razak berkata pihaknya berkolaborasi dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba dan jabatan lain dalam memastikan operasi pembersihan berkala itu benar-benar mencapai objektifnya.
"Bayangkan jika selama empat bulan (Okt hingga Feb) sampah tidak dikutip. Meskipun tiada pelancong seperti mana ketika bulan lain tetapi angin dan ombak kuat menghayutkan macam-macam sampah ke sini," katanya kepada Bernama ketika program gotong-royong di Pulau Kapas di sini pada Selasa.
"Apabila pusat peranginan dibuka semula kira-kira pertengahan Feb, pengusaha pusat peranginan akan mengalami kesukaran dalam membersihkan kawasan sekitar, namun dengan adanya operasi ini, mereka boleh meneruskan perniagaan mereka secepat mungkin," tambahnya.
Aktiviti selama empat jam itu dilakukan seramai 35 orang, yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan di daerah Marang.
Selain memungut sampah, mereka turut mengecat kawasan laluan pejalan kaki bagi menambah keceriaan serta memperbaiki kedudukan beberapa guni pasir yang dijadikan benteng penahan ombak.
Pulau Kapas mempunyai keluasan kira-kira 21.33 kilometer persegi dan tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 dan 20 minit dari jeti Marang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019
Aktiviti selama empat jam itu dilakukan seramai 35 orang, yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan di daerah Marang. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.
Peneroka pulihkan kolam terbiar, jana pendapatan sampingan
Program berkenaan membabitkan peneroka berusia antara 30 hingga 55 tahun yang menjalankan kerja pembersihan kawasan secara gotong-royong.
COVID-19: Penduduk Kuala Sanglang lakukan sanitasi rumah ke rumah
Gotong-royong itu dilakukan bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada sebarang ancaman penularan pandemik COVID-19.
COVID-19: Gotong-royong bina semula sektor pelancongan
Orang ramai disaran bergotong-royong dalam membina semula industri pelancongan negara.
Gotong-royong memasak dilarang di pusat pemindahan sementara ketika banjir
Aktiviti memasak secara gotong-royong adalah dilarang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika bencana banjir bagi mengelak penularan COVID-19.
Gotong-royong di Pulau Kapas, elak lambakan sampah musim tengkujuh
Meskipun tiada pelancong seperti mana ketika bulan lain tetapi angin dan ombak kuat menghayutkan macam-macam sampah.
Banjir eratkan hubungan, geng 'makcik bawang sebenar' berganding bahu bergotong-royong
Walaupun sedih meninggalkan kediaman dan menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda, mereka tetap bekerjasama meringankan beban.
Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit
Menerusi program tersebut pelajar didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik
Hanya terdapat 30 daripada 185 Orang Asli suku Batek berada di rumah masing-masing manakala 155 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di PPS Etnobotani sebelum dibebaskan zon merah.