KUCHING: Tiga perkara penting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dibentangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini.

Perkara berkenaan ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak COVID-19.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sesi menghadap secara atas talian itu GPS yang mengemudi kerajaan negeri Sarawak memaklumkan program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos bagi mencapai imuniti kelompok.

"Keperluan kerajaan yang kuat dan stabil penting untuk memastikan pelaksanaan program dan ekonomi COVID-19 agar mempunyai asas yang baik selain pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca-COVID-19," menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenan ditandatangani oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang menyatakan persetujuan bersama-sama Abang Johari, yang juga Ketua Menteri yang telah mengemukakan perkara penting kepada Seri Paduka Baginda.

“Kami sesungguhnya bersetuju terhadap tiga faktor itu dalam memerangi COVID-19 dan kaedah mengawal ekonomi yang telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong semasa sesi menghadap hari ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama tiga pemimpin GPS yang dikeluarkan selepas sesi menghadap Agong.

Terdahulu keempat-empat  pemimpin parti komponen GPS itu menghadap Al-Sultan Abdullah secara maya selama 30 minit di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia,

BACA: Pemimpin GPS selesai menghadap Agong