KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak takut untuk berdepan pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) dan menyifatkan kehadiran mereka sebagai pewaris yang menentukan masa depan.
Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdullah Saidol berkata kerajaan negeri yang diasaskan oleh GPS sudah pun mengutamakan pandangan generasi muda sebelum rang undang-undang bagi membolehkan rakyat Malaysia berusia 18 tahun mengundi diluluskan di Parlimen.
"Kita menghormati wawasan dan pandangan pengundi muda yang akan menjadi pewaris masa depan untuk terus membangunkan negeri serta mempertahan hak dan kedudukan istimewa Sarawak dalam MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak itu berkata demikian selepas Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak sempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semalam.
Isu GPS dibangkitkan oleh pembangkang iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendakwa ia cuba mempercepat PRN12 kerana bimbang pengundi berumur 18 tahun layak mengundi jika pilihan raya itu ditangguhkan lagi.
Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dalam kenyataan semalam memetik sumber yang boleh dipercayai sebagai menyebut ada usaha dalam GPS untuk mempercepat PRN12 bagi mengelakkan penglibatan pengundi 18 tahun dalam pilihan raya itu.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi di Sarawak baru-baru ini yang membenarkan Undi-18 tidak memihak kepada GPS pada PRN12.
"GPS tidak sepatutnya memfokus kepada pilihan raya sebaliknya perlu menggunakan masa yang ada untuk bekerja dengan tekun bagi menguruskan varian Delta dan mengurangkan kesannya kepada rakyat," katanya.
Abdullah pula berkata kerajaan negeri telah membelanjakan RM5.3 bilion menerusi tujuh pakej bantuan kepada rakyat di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang.
"Tidak ada negeri lain dalam negara ini yang berkemampuan untuk mengeluarkan peruntukan sebesar itu untuk warga negeri mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
PSB mendakwa GPS cuba mempercepat PRN12 kerana bimbang pengundi berumur 18 tahun layak mengundi jika pilihan raya itu ditangguhkan lagi.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi
Setiap pengundi tidak kira lapisan umur, muda atau warga emas sekalipun perlu didekati dengan penuh hormat.
PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat
Berhadapan pilihan raya ketiga di Kemaman dalam masa setahun, kelompok pengundi muda di Parlimen ini sedar "jari" mereka mempunyai kuasa besar yang ditagih calon bertanding.
PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.
PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR
Kehadiran pengundi muda di saluran 4 dan 5 menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.
PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi
Walaupun hujan pada sebelah pagi di kebanyakan Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, ia tidak menghalang pengundi untuk keluar memilih wakil rakyat mereka, hari ini.
PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik
Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.
PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi
Lebih 2.8 juta pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka di 997 pusat pengundian di seluruh negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri(PRN) kali ini.