Perkhidmatan kereta sewa persendirian, Grab Malaysia sentiasa berdialog dengan kerajaan untuk menangani isu-isu berkaitan perkhidmatan naik-kongsi.
Pengurus Negara Grab Malaysia, Jaygan Fu berkata, mereka telah menemui pengawal selia beberapa kali termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan berharap untuk mendapatkan beberapa hasil positif tidak lama lagi.
"Bagi kami, apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah menyokong kerana akhirnya, kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
"Saya percaya melalui dialog dari semasa ke semasa dengan pihak berkuasa apabila kami terus memberi maklum balas, kami akan memperoleh beberapa hasil positif," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Grabcar di Johor Baharu di sini, pada Rabu.
Pada Disember tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata Putrajaya sedang mengkaji peraturan bagi perkhidmatan naik-kongsi -- Uber dan Grabcar, yang kini beroperasi di kawasan tertentu tanpa permit teksi yang sesuai.
Aziz juga dipetik sebagai berkata Putrajaya akan mengkaji untuk melonggarkan peraturan sedia ada bagi syarikat dan pemandu teksi untuk menyediakan beberapa langkah penjimatan kos kepada kedua-dua kumpulan yang mengadu menghadapi persaingan yang tidak adil dari perkhidmatan naik-kongsi yang tidak dikawal selia.
Fu berkata mereka juga gembira bahawa kerajaan telah mengambil langkah awal dengan meminda undang-undang semasa yang akan menyaksikan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi seperti Uber, GrabCar dikawal selia oleh SPAD.
Beliau menyifatkan langkah ini sebagai amat tepat pada masanya bagi menangani isu tersebut.
Sementara itu, Fu berkata Johor Bahru menjadi bandar raya kedua di negara ini menawarkan perkhidmatan Grabcar selepas Lembah Klang.
"Ini kerana Johor Bahru bakal menikmati pembangunan yang lebih besar dan kita melihatnya sebagai saluran untuk memperkenalkan perkhidmatan kami sebagai opsyen pengangkutan alternatif yang berpatutan kepada rakyat," katanya.
Justeru, syarikat tersebut menawarkan promosi "Incredible RM1 Ride Promo", yang membolehkan penumpang menikmati perjalanan pada tambang RM1 bagi lima kilometer pertama apabila mereka membuat bayaran melalui kad kredit atau kad debit.
Promosi ini sah dari 7 hingga 13 April, katanya.
Bernama
Wed Apr 06 2016
Perkhidmatan kereta sewa persendirian, Grab Malaysia sentiasa berdialog dengan kerajaan untuk menangani isu-isu berkaitan perkhidmatan naik-kongsi.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.