Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kastam Diraja Malaysia pada minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak enam peratus bagi bayaran profesional untuk perundingan yang dikenakan doktor di hospital swasta.
Menteri Kesihatan Datuk Dr S.Subramaniam berkata pihaknya akan mewakili doktor hospital swasta untuk menyampaikan pandangan mereka berkaitan isu itu kepada Kastam.
"Pihak Kastam telah menetapkan beberapa garis panduan baharu, jadi kita beritahu mereka apa yang doktor di hospital swasta fikir mengenai beberapa perkara dalam keputusan itu.
"Saya berharap dengan perbincangan itu, pihak Kastam dapat mengeluarkan garis panduan yang lebih jelas," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Kepimpinan Strategik Wanita Masyarakat India dan Kerajaan anjuran Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan di bawah Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat fraterniti perubatan untuk memulakan tindakan guaman terhadap kerajaan yang berhasrat mengenakan CBP dalam bayaran kepada doktor bagi perundingan dan prosedur di hospital swasta.
Media melaporkan fraterniti perubatan bercadang memulakan tindakan guaman terhadap kerajaan berhubung garis panduan baharu Jabatan Kastam berkaitan pelaksanaan CBP dalam bayaran profesional yang dikenakan doktor di hospital swasta bermula 1 April ini.
Sementara itu, Dr Subramaniam yang juga pengerusi SITF berkata peranan wanita dalam kepimpinan juga penting bagi memenuhi wawasan kerajaan yang mahu mendekati masyarakat, khususnya golongan wanita.
Beliau berkata faktor jumlah wanita yang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) lebih ramai berbanding lelaki menyebabkan golongan itu aktif dalam aspek kepimpinan dan kerjaya yang didominasi lelaki.
"Ini menunjukkan ada perubahan dalam demografik negara dan selaras dengan perubahan ini, memang (ada) permintaan daripada golongan wanita bahawa mereka diberi tanggungjawab lebih besar selaras dengan perkembangan dan peningkatan mereka adalah satu permintaan wajar.
"Permintaan golongan wanita untuk diberi peranan tertentu contohnya keahlian dalam pihak berkuasa tempatan dan mendapatkan kerusi bertanding dalam pilihan raya, mestilah diberi perhatian kerana melalui mereka, kita boleh sampai ke 50 peratus pengundi yang datang dari golongan wanita," katanya.
Bernama
Sun Mar 15 2015
Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kastam Diraja Malaysia minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan GST.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
GST: Kementerian Kesihatan, Kastam jumpa minggu depan
Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kastam Diraja Malaysia pada minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan GST.