Kerajaan perlu pendekatan bersepadu mengawal kenaikan harga barangan keperluan serta tindakan serius seperti menyenaraihitamkan peniaga-peniaga yang menggunakan alasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menaikkan harga barang.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan peniaga itu sekali gus diibarat menipu pengguna terutama melibatkan barang keperluan sehingga membebankan pembeli.
"Ini berdasarkan beberapa tinjauan yang dibuat serta maklum balas diterima. Perlu wujud suatu gerakan bersepadu melibatkan semua kementerian, syarikat milik kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau harga barang.
"Kekeliruan dan persepsi negatif rakyat perlu ditangani secara serius bagi memastikan agar perlaksanaan berjalan dengan jayanya seperti objektif dasar ini diperkenal," katanya ketika menghubungi Astro AWANI.
Sebelum ini Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Maria Madel memberitahu, masih ramai yang keliru dengan beberapa perkara tertentu mengenai GST kerana tidak didedahkan dengan maklumat yang mencukupi.
Irmohizam juga berharap agar maklum balas yang diterima oleh rakyat akan diambil tindakan segera dengan penguatkuasaan undang-undang serta dihebahkan di media.
"Semua pihak perlu faham, media perlu main peranan masing-masing dalam menghebahkan maklumat tepat dan difahami peniaga serta pembeli," jelasnya
Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sebelum ini turut memberi amaran kepada semua peniaga ikan agar tidak menjual ikan pada harga yang tidak munasabah susulan pelaksanaan GST.
"Kita tidak teragak-agak untuk menyenaraihitamkan mereka yang berkenaan.
"Siapa kata ikan segar dikenakan GST? Malahan bekalan ikan segar sehingga kini masih cukup untuk menampung permintaan pasaran semasa," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Apr 22 2015
IRMOHIZAM: GST: Kerajaan perlu pendekatan bersepadu kawal peniaga penipu - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar
Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi antara calon politik atau bukan, dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah GLIC dan GLC.
Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat GLC bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik.
2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara (JAN) akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun depan dalam usaha mewujudkan era baharu tadbir urus di Malaysia.