Walaupun dikritik hebat semasa dilaksanakan bermula 1 April tahun lepas, kini semakin ramai rakyat menerima baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari ia penyelamat ekonomi negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dilihat sebagai keputusan tidak popular kerajaan sehingga dijadikan senjata politik, beliau berkata pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa pelaksanaan GST merupakan langkah amat tepat kerajaan Malaysia.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan tanpa pelaksanaan GST, Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi yang amat serius seperti Greece, katanya.
"Secara keseluruhannya, kami bukan sebuah kerajaan yang lari daripada tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa keputusan yang difikirkan bagi kebaikan negara dan rakyat.
"Namun, niat baik dan tujuan murni kita disalahertikan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu politik walhal secara rasional dan waras, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
"Hasil negara yang kukuh menyumbang kepada ekonomi resilien yang menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya.
Najib menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan di sini pada Selasa.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Johari Abdul Ghani serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Malaysia mula melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April 2015.
Najib berkata kutipan bersih GST bagi tempoh sembilan bulan tahun lepas adalah sebanyak RM27.01 bilion dan pada tahun ini dijangka meningkat RM39 bilion.
"Kutipan GST dipulangkan kepada rakyat dengan melaksanaka projek-projek utama seperti MRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang manakala projek-projek ICU masih kita laksanakan. Selain itu, kebajikan penjawat awam diteruskan termasuk kenaikan tahunan khas pada tahun ini, masih mampu dilaksanakan," katanya.
Najib berkata ekonomi Malaysia dipengaruhi faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi dunia berikutan kejatuhan harga minyak, penguncupan ekonomi China dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang di luar kawalan
kerajaan.
Maka beliau berkata pengawalan dalaman perlu dan membuat keputusan harus tepat untuk menyumbang dan mendorong pemacuan ekonomi negara walaupun faktor luaran menggugat dan menekan prestasi ekonomi negara.
"Lantaran itu, pencapaian ekonomi negara pada kadar 5 peratus pada tahun lepas dan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini boleh dianggap pencapaian yang amat baik bersandarkan kepada senario luaran yang tidak menentu dan lemah," kata perdana menteri.
Sementara itu, Najib berkata pelancaran Hotel St Regis Langkawi merupakan satu projek ikonik untuk memacu bidang pelancongan negara dan menjana pendapatan segera selain menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Dengan kesan berganda yang besar, kita mesti memberi dorongan kuat untuk pembangunan sektor pelancongan negara,” katanya sambil menambah bahawa projek itu adalah di bawah Kementerian Kewangan menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Bernama
Tue May 31 2016
NAJIB: Hasil negara yang kukuh menyumbang kepada ekonomi resilien yang menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela. -Gambar fail
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.