Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ini adalah ekoran perasaan dukacita dan kecewa yang dilafazkan oleh Tuanku diatas tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Lim berkata keputusan untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor, dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rundingan itu adalah bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013, serta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, dan kata sepakat Pakatan Rakyat (PR) bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata DAP setia kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan Anwar tentang Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku.
Semalam, Istana Selangor mengeluarkan sebuah kenyataan yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang mengingkari arahannya.
“Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.
"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya.
Setakat ini, hanya PAS akur dengan titah Tuanku untuk mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
PAS, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan telah menghantar tiga nama anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu, sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi dilaporkan menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor dan menamakan dua Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
PKR dan DAP, bagaimanapun, sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baharu.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 09 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Pas Perak mohon ampun khilaf tidak menghadap Sultan Nazrin Shah
Razman menjelaskan Pas sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak.
Guan Eng mohon ampun dari Sultan Selangor kerana ingkari titah baginda
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.