Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai tindakan amat mementingkan diri sendiri.
Beliau berkata Abdul Khalid perlu melepaskan jawatannya kerana mendakwa menteri besar itu telah hilang sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
"Berdasarkan prinsip demokrasi dan perlembagaan, apabila anda hilang sokongan majoriti, saya fikir anda perlu undur diri...Tan Sri Abdul Khalid perlu undur diri, ia semudah itu.
"Dan kerana beliau masih pertahankan jawatan menteri besar, saya fikir tindakan itu pentingkan diri sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya, di sini hari ini.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sebagai sekutu PKR dalam pakatan pembangkang, DAP menghormati keputusan PKR untuk melantik menteri besar yang baharu dan menyokong pencalonan presidan PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid.
Mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk selesaikan krisis kepimpinan negeri itu, Lim berkata tindakan itu berlawanan dengan semangat demokrasi dan menyalahi perlembagaan negeri. -- Bernama
Bernama
Sat Aug 16 2014
LIM: Berdasarkan prinsip demokrasi dan perlembagaan, apabila anda hilang sokongan majoriti, saya fikir anda perlu undur diri - Gambar Fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
'Kes saman Abdul Khalid dan Saifuddin selesai luar mahkamah' - Rafizi
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.
Saman fitnah: Khir Toyo mohon maaf kepada Abdul Khalid
Kes saman membabitkan dua bekas Menteri Besar Selangor selesai secara baik hari ini selepas Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, hidup kita ini macam roda - Bung Mokhtar
Kegagalan Anwar menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada Isnin membuktikan nasib seseorang individu yang tidak semestinya sentiasa di puncak.
Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan PMB.
Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin
Abdul Khalid dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat dengan Majlis tersebut selesai.
BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh
BN dilihat mempunyai peluang untuk menakluk semula negeri selangor seandainya krisis pertukaran menteri besar berlarutan sehingga berlaku pembubaran DUN.
Isu MB Selangor: Akar umbi KEADILAN sokong Wan Azizah jadi MB
Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggotanya mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali
Keputusan meminta semula mandat rakyat Negeri Selangor dengan tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat hanya merugikan masa dan kewangan kerajaan.
Perlantikan MB perlu patuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri - Abdul Khalid
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Abdul Khalid dijangka 'turun' lepas raya, paling lewat September
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.