Anggota UMNO yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan digugurkan keanggotaannya serta merta, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketika memberi amaran itu hari ini, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut meminta mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya tidak terlalu mengikut hati selain memahami Perlembagaan UMNO serta konsep wala' dan tabayyun yang diamalkan parti.
"Kita bermuzakarah, berbincang dan bertukar-tukar fikiran barulah kita dapat calon yang kita kehendaki. Itulah konsep yang selalu kita laung-laungkan iaitu kita wala' dan tabayyun.
"Wala' iaitu mengikut apa yang ketua kita telah putuskan dan tabayyun dengan bersama-sama untuk memastikan keputusan ketua dapat dilaksanakan," katanya mengulas desas-desus Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak disenaraikan sebagai calon BN pada PRU14.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan 9,000 kad PutraPay kepada pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Putrajaya Sentral di sini semalam, yang membolehkan mereka menaiki bas Nadiputra secara percuma dimana-mana laluan bas berkenaan selama setahun.
Tengku Adnan Berkata beliau juga telah menulis surat kepada semua parti komponen BN tiga minggu lepas mengenai isu sabotaj dalam kalangan parti komponen terhadap calon-calon yang diketengahkan.
"Kita sedang memantau setiap kawasan melalui naziran di seluruh negara. Sesiapa yang membuat onar kita akan pasti mengambil tindakan," katanya.
Beliau turut menarik perhatian terhadap khabar angin mengenai rancangan untuk mensabotaj calon BN di Parlimen Wangsa Maju, Datuk Seri Yeow Teing Look (MCA) dan calon Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Abu Seman (Umno).
"Di Wangsa Maju kita sedang meneliti dan barangkali perhubungan negeri akan mengambil alih segala tugasan di bahagian itu kerana kita mendengar desas-desus ada unsur untuk mensabotaj calon MCA yang akan mewakili BN.
"Begitu juga di Bandar Tun Razak, saya juga telah berbincang dengan pihak MCA, kita dengar ada pihak MCA yang hendak sabotaj calon Umno yang dipilih bertanding di kawasan itu. Kita akan ambil tindakan," tegasnya.
Pada Ahad lepas, Tengku Adnan yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata keputusan meletakkan calon Umno bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan memulangkan semula kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA dibuat setelah melakukan beberapa perkiraan dari segi strategi.
Dalam pada itu, beliau berkata tiada isu pertukaran calon BN pada saat akhir akan berlaku memandangkan surat tauliah telah diberikan kepada calon yang diumumkan.
Mengenai kad PutraPay, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata jumlah itu akan ditingkatkan kepada 12,000 penerima pada tahun depan sebagai satu daripada usaha mengurangkan kos sara hidup golongan tersebut.
- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018
ADNAN: Kita bermuzakarah, berbincang dan bertukar-tukar fikiran barulah kita dapat calon yang kita kehendaki. Itulah konsep yang selalu kita laung-laungkan iaitu kita wala' dan tabayyun. - Foto fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Gugur keanggotaan UMNO jika tanding tiket bebas
Anggota UMNO yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan digugurkan keanggotaannya serta merta, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ku Nan sangkal kerajaan zalim terhadap gelandangan, pengemis
Kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.