SEORANG doktor yang merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin dipercayai akibat kepenatan.

Menerusi satu entri di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia (SPJM), Dr Ali Noor Hassan adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018.

 
Sumber Facebook SkuadPengurusanJenazah

"Arwah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

"Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

"Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak," hantaran itu menyebut.

Turut dimuat naik bersama entri tersebut ialah gambar terakhir Allahyarham Dr Ali yang diambil rakannya.

"Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.

"Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan," kata keterangan pada entri berkenaan.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, difahamkan kesihatan Allahyarham mula merosot awal Disember lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

BACA: Pemandu ambulans meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19