"Saya tidak tahu ada pihak yang mahu menggulingkan saya."

Itu kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai respon kepada dakwaan konon wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Mohamed Khalid sebaliknya menegaskan mahu fokus terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

"Saya tak boleh nak jawab. Yalah, sebab apa, saya pun tak tahu betul atau tak betul. Kedua, kalau betul pun ada orang merancang, kena tanya dialah. Saya tak boleh nak jawab. Apa yang saya tahu, saya fokus sahaja kerja saya.

"Kalau betul ada perancangan, siapa yang merancang? Tanyalah orang itu, saya pun tak tahu," ujarnya kepada media selepas merasmikan persidangan "The Belt and Road Initiative: The China-ASEAN Relation" di sini, hari ini.


Baru-baru ini, seorang ahli UMNO Bahagian Sri Gading menerusi Facebooknya mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar Johor.