Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merayu ahli-ahli dan penyokong tegar partinya mempercayai keputusan yang dibuat untuk menggunakan logo PKR sebagai usaha untuk mencapai Impian Malaysia.
Kit Siang berkata keputusan perit itu dibuat bukan bertujuan untuk mengkhianati objektif DAP sebaliknya bagi memastikan matlamat Pakatan Harapan tercapai.
Katanya, biarpun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengumumkan perkara itu sejak Khamis lepas namun ramai ahli dan peyokong tegar parti masih tidak dapat menerimanya.
"Ada kalanya kita perlu membuat keputusan yang berani walaupun ia sukar, menyakitkan atau berbahaya, semata-mata kerana ia adalah perkara yang betul dan sesuai untuk dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang berkata beliau juga seperti ahli penyokong tegar DAP merasa sedih dengan keputusan tidak menggunakan Roket kerana lambang itu telah beliau gunakan dalam 11 pilihan raya umum dan satu pilihan raya kecil sejak lima dekad yang lalu.
Jelas beliau, keputusan menggunakan logo PKR ini merupakan salah satu game-changers dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita tidak hanya mahu calon individu dan DAP menang tetapi semua calon dan semua empat parti komponen Pakatan Harapan - DAP, PKR, AMANAH dan PPBM - untuk menang menyelamatkan Malaysia dari keadaan gagal, penyangak dan kleptokrasi.
"Kita mahu setiap rakyat Malaysia berfikir bukan hanya dari dirinya sendiri, kaumnya, agama atau parti politik, tetapi seluruh negara Malaysia dan bagaimana Malaysia dapat memenuhi potensinya sebagai negara bertaraf dunia dan bukan menjadi kleptokrasi global," katanya lagi.
Jumaat malam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua parti komponen PH akan menggunakan logo PKR dalam PRU14 nanti.
Sehari sebelum itu. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan DAP tidak akan menggunakan logo roket yang telah sebati dengan mereka dalam PRU14 nanti.
Keputusan itu menyebabkan salah seorang pengasas DAP, Chen Man Hin menyatakan rasa kurang senangnya dengan keputusan untuk bertanding tanpa menggunakan logo roket.
BACA: Sah! Kesemua parti dalam Pakatan Harapan guna logo PKR
BACA: Strategi satu logo PH beri tentangan hebat pada BN - Penganalisis
Astro Awani
Sat Apr 07 2018
Lim Kit Siang berkata keputusan menggunakan logo PKR ini merupakan salah satu game-changers dalam menghadapi PRU14. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.