Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO dinasihat menggunakan saluran mesyuarat bahagian dan cawangan seandainya mempunyai sebarang pandangan atau teguran kepada parti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, ia merupakan medan terbaik untuk menyuarakan cadangan atau kritikan untuk dibincangkan secara bersama.
"Persidangan cawangan yang bermula minggu ini merupakan medan menyuarakan pandangan.
"Kita digalakkan bersuara mengikut saluran yang benar. Saya kecewa apabila ada pemimpin parti tidak menggunakan saluran ini dan berdiri di platform yang salah untuk menyuarakan pandangan, teguran dan cadangan.
"Guna platform mesyuarat UMNO kalau tidak puas hati mengenai apa juga isu berbangkit. Bukan menjaja keburukan dan menyebar pandangan peribadi yang negatif ke saluran yang salah. Ia boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada parti," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini baru-baru ini.
Persidangan Tahunan Cawangan UMNO bermula 18 Mac sehingga 1 Mei manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos sehingga 15 September depan.
Dalam pada itu kata Bastien, apa juga maklumat atau pandangan yang dikutip melalui saluran mesyuarat akan dihadam untuk dijadikan asas pertimbangan dalam menentukan hala tuju parti.
"Sebagai sebuah parti yang mempunyai ahli paling ramai, UMNO tentunya mampu memberikan refleksi sebenar suara rakyat di luar sana.
"Ia merupakan sebahagian daripada proses untuk mentadbir negara. Rakyat mahukan parti yang mampu memimpin dan membuat keputusan bersandarkan intipati yang diperolehi daripada suara cawangan-cawangan ini.
"Ini menjadikan UMNO kita kuat apabila mampu menggalas harapan rakyat secara kolektif," jelsnya.
Tegasnya, UMNO perlu kembali kepada suara akar umni untuk memastikan kekal berkuasa dan memerintah negara dengan acuan terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
"Mesyuarat cawangan-cawangan ini akan membuktikan bahawa UMNO merupakan parti yang mengamalkan keterbukaan dan paling demokratik.
"Inilah aspirasi kepimpinan tertinggi parti yang telah menjadi amalan sejak sekian lamanya," ujarnya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya menyeru kepada akar umbi UMNO untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam mesyuarat cawangan parti.
Jelas Dr Mahathir, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti orang Melayu itu hilang kuasa buat pertama kali dan selama-lamanya.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan Dr Mahathir tiada hak untuk mencampuri urusan UMNO kerana sudah mengisytiharkan keluar daripada parti.
Menurutnya, Dr Mahathir hanya dilihat mengulang semula cerita dan perkara yang sudah dijawab selain pendiriannya jelas semakin kontradiksi.
Tegas Dr Salleh, surat terbuka yang ditulis Dr Mahathir juga jelas menunjukkan niat untuk menghancurkan UMNO selain penuh dengan dendam terhadap Najib.
Wan Syamsul Amly
Sun Mar 20 2016
BASTIEN: 'Guna platform mesyuarat kalau tidak puas hati dengan parti' - Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien
Mana-mana pemimpin luar Johor diminta tidak membawa suara sumbang sekali gus menghasut rakyat di negeri itu dengan perkara di luar norma masyarakatnya selama ini.