Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa proses penahanan seorang guru sekolah swasta yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Jun tahun lepas adalah sah dan tidak bercanggah
dengan undang-undang.
Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menolak tuntutan yang difailkan oleh Musafri Abdullah Azmi, 28, terhadap empat pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selain Hishammuddin, Musafri selaku plaintif menamakan Kpl Ruslee Mastam, Insp Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.
Hakim Zainal Azman bagaimanapun memerintahkan defendan memulangkan lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" milik plaintif yang dirampas semasa penahanan itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, mengikut keterangan saksi defendan pertama (Ruslee) dan defendan kedua (Misbahudin), mereka memberitahu plaintif alasan mengapa beliau ditangkap sebelum dibawa ke IPD Shah Alam dan mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi tersebut lebih berwibawa.
"Ada banyak keterangan bercanggah diberikan plaintif daripada apa yang diberitahu dalam tuntutannya. Jelas bahawa plaintif menukar cerita mengikut keadaan tetapi keterangan saksi defendan konsisten.
"Plaintif ketahui sebab penahanannya dan sebab beliau dibawa ke IPD Shah Alam. Jelas satu fakta penting semasa plaintif dirakam percakapan ada tiga peguam turut berada di IPD Shah Alam dan tidak ada 'kelewatan tidak sepatutnya' oleh defendan untuk melengah-lengahkan proses rakaman percakapan plaintif,"
katanya.
Zainal Azman berkata tindakan defendan itu menunjukkan mereka tiada niat jahat serta motif tersembunyi terhadap plaintif dan penahanan plaintif merupakan satu proses penahanan biasa.
Beliau berkata plaintif ditahan bukan semata-mata kerana memakai kemeja-T kuning tetapi disebabkan plaintif disyaki terbabit dalam perhimpunan haram berikutan sebelum itu polis mendapat maklumat bahawa terdapat perhimpunan haram akan diadakan di kawasan berhampiran plaintif ditahan.
"Pakai kemeja-T tidak salah tetapi disebabkan plaintif ditahan di kawasan berdekatan perhimpunan haram jadi syak itu munasabah dan justeru mahkamah putuskan proses tangkapan plaintif adalah sah dan teratur serta tidak bercanggah dengan undang-undang.
"Mengenai tuntutan ganti rugi plaintif, walaupun beliau kata dia menyimpan kemeja-T itu dan ada pembeli, lapan kemeja-T itu harus dipulangkan kepada plaintif dalam masa 14 hari," katanya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Musafri antara lain mendakwa penahanannya pada 24 Jun 2011 dibuat secara salah dan tidak sah, mala fide (berniat jahat), melanggar hak serta kebebasan asasi, melanggar Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan satu penyalahgunaan kuasa.
Katanya tindakan defendan yang membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan menaiki kereta menyebabkan beliau berasa malu seolah-olah seperti seorang penjenayah.
Beliau berkata jikapun ada penahanan Bersih 2.0, yang mana tidak diakui olehnya, pengharaman itu hanya digazetkan pada 1 Julai 2011 oleh Menteri Dalam Negeri iaitu lima hari selepas dia ditahan.
Guru itu berkata beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi, 25 Jun 2011 selepas ditahan kira-kira dua setengah jam tanpa diberitahu sebab-sebab beliau ditahan dan semua barang rampasan telah dipulangkan kepadanya kecuali lapan helai kemeja-T berwarna kuning itu.
Plaintif juga menuntut defendan memulangkan lapan helai kemeja-T berwarna kuning itu, gantirugi am, teruk dan teladan, faedah pada kadar 8 peratus, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Wed Nov 14 2012
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.
Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.
Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memfailkan permohonan habeas corpus.
Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin
Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman.
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.
Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan
Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.