Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan calon PKR yang didakwa terlibat dalam pengedaran pil kuda ketika beliau berucap pada ceramah PAS di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat, Marang pada Selasa.
Ketua Pemuda Umno Negeri Saiful Bahri Baharudin berkata pemimpin PAS itu perlu mengemukakan bukti yang sahih berhubung dakwaan berkenaan.
"Jika benar terdapat calon PKR yang sebegitu, kita minta Presiden PAS kemukakan bukti yang sahih berdasarkan kenyataan yang dibuat itu, dan jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan tertanya berita itu.
"Jika dakwaan itu tidak berasas, ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak bersatu dan mereka mempunyai masalah dalaman," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kenyataan Abdul Hadi yang tersebar luas di akhbar hari ini.
Dalam ceramahnya, Abdul Hadi mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.
"Ada calon-calon yang kita khuatir, berdasarkan maklumat, adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang PAS tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya.
Bernama
Tue Apr 23 2013
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
4 individu dikenal pasti dalam insiden pijak gambar pemimpin - Ahmad Zahid
KDN telah mengenal pasti empat individu yang terlibat dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4.
Walau apa yang terjadi, kita kekal bersama PR - Pemimpin kanan PAS
Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hari ini mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
Untungkah PAS dalam tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP?
Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?
Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat Selangor
Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Ucapan Hadi keterlaluan, dua ADUN PAS bukan 'barua' - Shamsul
Tindakan dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu disifatkan bukan sebagai 'barua'.
Hadi dakwa PAS berjaya perintah Kelantan kerana pandai berjimat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Undian online, Pemilihan Pas: Siapa pilihan anda?
Beberapa nama disebut-sebut sedang mengintai peluang untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu.