Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam kedudukan selesa untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden PAS jika mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1999.
Kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre terhadap perwakilan PAS di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak mendapati pengaruh Abdul Hadi masih kuat.
Pengarah Eksekutif Ilham Center, Mohamad Hisomudin Bakar berkata kajian yang masih dilakukan di negeri-negeri lain itu juga mendapati kedudukan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masih samar jika berlaku pertandingan antara beliau dan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa.
"Laluan Husam untuk ke jawatan Presiden agak sukar jika Adun Salor itu memilih untuk mencabar Abdul Hadi kerana perwakilan masih mahu Abdul Hadi kekal.
"Tetapi sekiranya, pertandingan untuk jawatan Presiden melibatkan Husam dan Tuan Ibrahim, perwakilan masih belum membuat sebarang keputusan siapa pilihan mereka.
"Perwakilan di negeri-negeri yang telah siap kami (Ilham Centre) lakukan kajian memberitahu, mereka akan memutuskan kemudian siapa akan dipilih," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas kedudukan Mohamad Sabu di kerusi nombor dua PAS, Mohamad Hisomudin berkata, perwakilan dilihat cenderung mengekalkan Mohamad jika pertembungan jawatan Presiden melibatkan Husam dan Tuan Ibrahim.
Namun katanya, sekiranya Abdul Hadi memutuskan untuk mengekalkan jawatan dan Tuan Ibrahim memilih untuk bertanding jawatan timbalan presiden, perwakilan akan menolak Mohamad.
"Kedudukan Mat Sabu di kerusi nombor dua parti agak selesa jika berlaku pertandingan antara Husam dan Tuan Ibrahim bagi jawatan presiden.
"Tidak ada calon yang menyerlah dari kumpulan pro ulama untuk bersaing dengan Mat Sabu.
"Tetapi jika Hadi mahu mengekalkan jawatan dan Tuan Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden, perwakilan cenderung memilih Tuan Ibrahim berbanding Mat Sabu," katanya lagi.
Bagi jawatan Naib Presiden, perwakilan tetap mahukan gabungan antara profesional dan ulama mengisi jawatan tersebut, kata Mohamad Hisomudin.
Katanya, kajian yang dibuat keatas perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas menunjukkan ahli PAS mahu komposisi kepimpinan parti dikekalkan dengan gabungan antara profesional dan ulama.
Perwakilan PAS, kata Mohamad Hisomudin, tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk kempen yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan dalam parti itu.
"Malah perwakilan cenderung untuk menolak calon dari kumpulan yang melakukan kempen secara agresif menerusi program atau menerusi media," ujarnya.
Kata Mohamad Hisomudin, kajian masih diteruskan di negeri-negeri lain dan dijangka berakhir sebelum hujung tahun ini dan akan diteruskan sehingga menjelang muktamar.
"Perwakilan untuk muktamar akan datang mungkin berubah dan kajian akan terus dilakukan hingga menjelang muktamar," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Tue Dec 16 2014
Hadi masih pilihan, kedudukan Tuan Ibrahim belum tentu (Foto: Shahir Omar/AWANI)
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).