ISU tuntutan saman RM5 juta oleh penjaga gol utama Perak FC ke atas seorang penyokong bola sepak Perak selesai selepas individu terbabit tampil memohon maaf.
Permohonan maaf itu dikemukakan dalam satu sidang media di Stadium Perak di sini pada Ahad yang turut dihadiri Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.
Hafizul Hakim berkata, pihaknya menerima permohonan maaf itu dan membuat keputusan untuk menarik balik laporan saman fitnah yang dibuatnya pada Sabtu.
"Isu ini boleh dikatakan agak sensitif dan saya sendiri pun kalau boleh tak mahu ia jadi lebih besar.
"Oleh kerana dia sendiri hubungi saya dan sedia untuk mohon maaf, maka saya ambil keputusan untuk selesaikan isu ini dengan cara baik," katanya.
Beliau berkata, tindakannya mengemukakan tuntutan saman itu bukanlah disebabkan rasa dendam atau marah, sebaliknya lebih kepada pengajaran agar perkara sama tidak berulang.
"Saya mohon maaf kepada dia dan penyokong-penyokong lain jika apa yang saya lakukan itu kejam. Niat saya hanya mahu dia berdepan dengan saya dan selesaikan masalah ini.
"Saya bermain untuk Perak, dia pula penyokong, pusing ikut mana pun, kami tetap akan berjumpa," katanya.
Dengan pendedahan maaf itu, pihaknya berharap isu terbabit dapat dihentikan daripada terus diperbesarkan terutama dalam kalangan penyokong-penyokong The Bos Gaurus.
"Selepas perlawanan malam ini (Perak FC dengan Sri Pahang FC) saya pun tak tahu ke mana hala tuju saya seterusnya, kalau boleh saya tak nak ada isu dengan mana-mana individu atau penyokong lain di Perak," katanya.
Sementara itu, penyokong terbabit yang mahu dikenali Wan, 30, mengakui, membuat tuduhan berkenaan, namun dengan niat bergurau kerana sudah lama mengenali Hafizul Hakim sebagai pemain Perak.
"Saya hanya buat gurauan tanpa fikir panjang dan tak sangka gurauan saya itu mainkan sentimen yang bukan biasa-biasa.
"Saya mohon maaf kepada semua jika ada yang rasa marah atas tuduhan itu.
"Sebaik berita tuntutan saman keluar di media, saya terus hubungi Hafizul, menyatakan hasrat bertemunya untuk selesaikan masalah ini.
"Alhamdulillah di pihak Hafizul sendiri menerima permohonan maaf saya dan setuju tidak meneruskan saman berkenaan," katanya.
Pada Sabtu, Hafizul Hakim memaklumkan akan mengemukakan tuntutan saman RM5 juta ke atas seorang penyokong kerana mengaitkan dirinya dengan insiden kibaran bendera Perak separuh tiang sepertimana tular di media sosial.
Sambil menafikan penglibatan pemain lain, beliau berkata, tuduhan yang dibuat itu adalah berat lebih-lebih lagi senario terbabit sering kali membawa maksud kemangkatan dan berkabung.
Artikel asal di Sinar Harian: Hafizul tarik balik saman RM5 juta, penyokong mohon maaf
Sinar Harian
Sun May 09 2021
Isu saman RM5 juta antara Hafizul Hakim dan seorang penyokong bola sepak Perak selesai secara baik. -Foto Sinar Harian
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Hafizul tarik balik saman RM5 juta, penyokong mohon maaf
Permohonan maaf itu dikemukakan dalam satu sidang media di Stadium Perak di sini pada Ahad yang turut dihadiri Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.