MADINAH: Jemaah yang masih keliru dengan ibadah haji dan penerima tawaran saat akhir, tanpa sempat menghadiri kursus persediaan, tidak perlu gusar kerana akan tetap dibimbing dengan baik.
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Ustaz Mohd Hishamuddin Mansor berkata pihaknya akan cuba mengajar secara persendirian serta menyediakan nota sebagai rujukan jemaah haji.
Katanya, pembimbing haji di Madinah dan Makkah bukan sahaja dalam kalangan ustaz tetapi juga ustazah kerana pelbagai persoalan tentang wanita dan ibadah akan berbangkit serta memerlukan jawapan yang tepat.
"Ada juga yang akan datang secara persendirian...mungkin ada juga yang belum memahami sepenuhnya cara melaksanakan ibadah haji kerana tidak menghadiri kursus haji di tanah air, itu pun kami akan bantu dari awal sampai akhir.
"Kalau mereka perlukan nota pun kami akan sediakan...biar mereka puas hati," katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.
Mohd Hishamuddin berkata bagi memastikan jemaah Malaysia memperoleh haji mabrur, pihaknya turut membuat post-mortem agar tidak ada perkara wajib yang tertinggal dan jemaah tidak melakukan larangan sepertimana yang telah ditetapkan dalam ibadah itu.
"Kalau mereka hendak balik ke Malaysia nanti pun kami akan adakan post-mortem...ada sesi menyemak senarai semak ibadat haji yang disedaikan sebelum itu untuk pastikan jemaah pulang ke tanah air dalam keadaan hati lega dapat selesaikan haji dengan sempurna," katanya.
Selain itu, beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan emosi serta keraguan jemaah haji berkata pembimbing bukan sahaja perlu menjawap persoalan agama tetapi juga perlu bijak memujuk mereka yang mula berasa tidak selesa dengan keadaan semasa.
Katanya, dalam tempoh lebih 40 hari di Madinah dan Makkah, jemaah haji bukan sahaja akan diuji dengan perasaan rindu pada kampung halaman, tetapi juga cabaran cuaca panas dan kepadatan yang mencecah sejuta orang dalam satu masa.
Dilaporkan seramai 340 petugas berpengalaman TH akan bertugas sepanjang musim haji kali ini, bagi menyantuni kira-kira 14,306 jemaah.
Sementara itu, menurut Mohd Hishamuddin, jemaah haji Malaysia yang bakal tiba esok ke Madinah akan dibawa ke Masjid Nabawi serta melawat beberapa lokasi bersejarah.
Antaranya Masjid Quba iaitu masjid pertama yang didirikan Nabi Muhammad SAW serta Bukit Pemanah dan Bukit Uhud iaitu lokasi peperangan Uhud pada 7 Syawal Tahun 3 Hijrah yang mengorbankan 70 tentera Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Jemaah yang masih keliru dengan ibadah haji dan penerima tawaran saat akhir, tanpa sempat menghadiri kursus persediaan, tidak perlu gusar kerana akan tetap dibimbing dengan baik. - Gambar hiasan/FB Lembaga TH
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.
Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik
Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan COVID-19.
Lebih 2 juta jemaah tunaikan ibadah haji
Ini menjadi ziarah terbesar sejak pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan langkah pengurangan jumlah jemaah susulan sekatan COVID-19.
Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.
Polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa sebelum masuk waktu Subuh
Polis Israel turut melontar bom tangan.
Masjidil Haram mula guna AI untuk pastikan operasi menjelang Ramadan 1444H lancar
Jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah.
Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di masjid.
Haji: Jemaah yang masih keliru dan tak sempat kursus akan terus dibimbing
Jemaah yang masih keliru dengan ibadah haji dan penerima tawaran saat akhir, tanpa sempat menghadiri kursus persediaan, tidak perlu gusar kerana akan tetap dibimbing dengan baik.
TH kaji keperluan bayaran haji bersasar, bantu golongan B40
Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah.
Ramadan kembali, suasana solat sunat tarawih di Mekah meriah
Ramadan bermula pada hari yang berbeza di bahagian dunia yang berlainan - biasanya selang sehari atau dua hari.