MADINAH: Demi memberi perkhidmatan terbaik dalam aspek kesihatan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyediakan pusat rawatan dan doktor pakar untuk jemaah haji Malaysia agar lebih mudah serta teratur.
Pengarah Operasi Makkah (Perubatan) Dr Abdul Marsudi Manah berkata selain itu, petugas kesihatan awam akan melakukan rondaan dari bilik ke bilik untuk memberi penjelasan mengenai kepentingan penjagaan asas kesihatan.
"TH telah membuat persediaan dengan menubuhkan Pusat Rawatan Kesihatan di Madinah iaitu di bangunan Roha Al Madinah, yang mempunyai 37 buah katil dengan kekuatan 44 anggota iaitu lima terdiri daripada tiga pakar perubatan dalam bidang dalaman, bius dan awam.
"Pusat rawatan ini juga disokong oleh tujuh pegawai perubatan serta 32 petugas lagi termasuk jururawat," katanya kepada pemberita di Bangunan Roha Al Madinah.
Beliau berkata pihaknya turut menyediakan klinik bergerak di bangunan penginapan jemaah iaitu Hotel Anwar Al Madinah Moveinpick dan Hotel Saja Al Madinah serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz.
Dr Abdul Marsudi, yang merupakan pakar perubatan kesihatan awam di Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, berkata aktiviti rondaan dari bilik ke bilik bukan sahaja membabitkan kesihatan asas tetapi juga memberi ruang kepada petugas menasihati jemaah mengenai kaedah berdepan cuaca panas.
"Dari segi masalah kesihatan sepanjang musim haji ini, dengan keadaan suhu melebihi 46 darjah Celsius berkemungkinan berlaku dehidrasi.
"Sebab itu jemaah perlu minum air secukupnya dan mengelak berada di luar pada waktu siang. Hanya jika berada dalam keadaan tertentu dan perlu berada di luar pada waktu siang... kita galakkan mereka berada di tempat yang teduh atau menggunakan payung," katanya.
Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya segera mendapatkan rawatan awal dan bukan menunggu di saat akhir iaitu setelah keadaan tubuh badan semakin lemah.
Katanya jemaah haji juga disaran agar peka dengan keadaan sekeliling yang sesak, berdebu serta kering yang mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti batuk dan ia tidak boleh dianggap perkara biasa kerana lama-kelamaan mampu membawa kepada jangkitan paru-paru.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
Jemaah haji disaran agar peka dengan keadaan sekeliling yang sesak, berdebu serta kering yang mampu menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti batuk. - Gambar/ Bernama
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Januari 2024.
Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40
Jemaah haji Muassasah golongan B40 akan membayar kos haji berjumlah RM12,356, berbanding RM13,356 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.