LABUAN: Hampir 1,000 individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Pulau Enoe telah menjalani ujian saringan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata kluster itu yang terletak di zon perindustrian minyak dan gas Rancha-Rancha, dikawal dengan baik dan dijangka stabil dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.
"Kluster ini mempunyai 17 kes setakat ini dan menunjukkan trend menurun. Kami berharap lengkung jangkitan COVID-19 akan merata dalam beberapa hari akan datang," katanya kepada Bernama hari ini.
Labuan yang bakal diisytihar zon hijau selepas penurunan ketara kes positif sejak Februari, telah diisytiharkan semula berstatus zon merah pada Rabu (31 Mac) berikutan peningkatan kes beberapa hari lepas dengan jumlah keseluruhan 53 kes aktif setakat semalam.
Dr Ismuni mendedahkan Sub Zon 4 pulau itu merekodkan kes paling banyak iaitu 20, diikuti Sub Zon 1 dengan 19 kes, Sub Zon 2 dan 3 masing-masing enam kes dan Sub Zon 5 catat dua kes.
"Sub Zon 4 merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi, justeru penduduk di kawasan itu harus mengawal pergerakan dan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) dalam aktiviti harian mereka," katanya.
"Jumlah kes COVID-19 melepasi 40 dalam tempoh 14 hari dan pengisytiharan semula zon merah itu selepas kemunculan Kluster Pulau Enoe pada 31 Mac," katanya.
Dr Ismuni berkata Kluster Jalan Kemajuan dengan 20 kes setakat ini, yang melibatkan pekerja restoran dan kru kapal telah menjangkiti generasi ketiga dan sedang dipantau rapi.
Beliau juga mendedahkan 10 jangkitan tempatan baharu dicatat semalam terdiri daripada sukan petanque (empat kes) dua majlis tahlil (lima kes) dan satu kes dari taman asuhan kanak-kanak (taska).
Labuan masih dikaitkan dengan dua kluster aktif iaitu Jalan Kemajuan dan Pulau Enoe mempunyai kadar insidens 2,351 kes COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk setakat hari ini, tertinggi berbanding negeri lain dan Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
Petugas kesihatan menunggu penduduk setempat bagi melakukan saringan kesihatan dan ujian calitan (swab test) di Klinik Kesihatan Membedai hari ini. - Bernama
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.