CyberSecurity Malaysia merekodkan hampir 5,000 kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu.

Kes dilihat semakin bertambah pada April ekoran majoriti rakyat Malaysia melakukan tugas mereka secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Pakar Keselamatan Rangkaian dan Maklumat Univerisiti Putra Malaysia, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain berkata. walaupun literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia berada dalam kedudukan yang baik, namun kesedaran berkenaan jenayah siber masih perlu ditambah baik.

“Peratus yang tertinggi dalam penipuan yang sering berlaku dan dihadapi dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan ancaman fraud (pemalsuan/penipuan).

“Ancaman ini, dari Januari hingga April tahun 2020 berlaku peningkatan yang agak tinggi dan bilangannya sekitar 3,510 kes,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, pelbagai langkah pengawalan kendiri boleh dilakukan rakyat Malaysia bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber.

“Mesti sentiasa waspada dengan jenayah siber. Tidak dinafikan bahawa jenayah siber akan sentiiasa ada selagi urusan dalam talian berlangsung.

“Kita mesti fikir sebelum klik dan sekiranya kita tertipu dan menjadi mangsa, cepat lapor kepada pihak berwajib,” ujarnya.

Ini antara langkah pencegahan dan tips keselamatan siber untuk anda:

FIKIR SEBELUM KLIKANDA MANGSA PENIPUAN SIBER?
TIPS KESELAMATAN SIBER