KUALA TERENGGANU: Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bertindak menghapuskan sarang tebuan di papan iklan gergasi (billboard) berdekatan lampu isyarat di Jalan Hiliran di sini, pada Khamis.
Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sarang tebuan yang berada pada ketinggian kira-kira 30 meter itu dimusnahkan selepas menerima aduan orang awam yang disalurkan melalui laman Facebook balai bomba berkenaan.
"Sarang tebuan itu dimusnahkan kerana berada berhampiran dengan kawasan tumpuan awam iaitu pasar raya dan taman rekreasi.
"Setakat ini pihak bomba tidak menerima aduan berhubung kes sengatan tebuan yang berlaku di kawasan itu namun ia perlu dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Rozizah berkata, operasi memusnahkan sarang tebuan yang berukuran 60.9 sentimeter itu memakan masa selama hampir satu jam bermula 9.27 malam hingga 10.17 malam.
Katanya, pihak bomba turut menyediakan sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran.
"Pihak bomba merakam penghargaan atas keprihatinan orang ramai yang menyalurkan maklumat mengenai sarang tebuan itu.
"Maklumat yang disalurkan penting kerana ia berada di lokasi tumpuan awam yang dikuatiri berisiko mengancam nyawa orang ramai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 16 2022
Anggota bomba memusnahkan sarang tebuan yang berada pada papan iklan gergasi berdekatan lampu isyarat di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Dianggarkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan bangunan pusat maahad tahfiz itu musnah.
Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai
Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.
Tujuh premis, kereta terbakar
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan empat kediaman itu juga tidak berpenghuni.
Dua maut nahas dua lori bertembung
Lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Nik Mohamad di laluan bertentangan.
Kanak-kanak perempuan antara tiga maut dalam kemalangan di Kuala Krai - Bomba Kelantan
Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Kuala Krai.
'Jinjing' akhirnya selamat turun dari bumbung rumah pangsa
Jinjing diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi.
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
Wanita warga emas ditemukan rentung dengan 80 peratus kesan lecur
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan SS 22/10, Kelana Jaya awal pagi Jumaat.
17 kes terjun jambatan di Kelantan sejak 2021 hingga semalam
Dalam kes terbaharu semalam melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong.
Banjir Selangor: 200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir
Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.