KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 89 lagi kes baharu pada Rabu, selepas tiga hari Malaysia merekodkan lebih 100 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes merupakan penularan tempatan sekali gus menjadikan jumlah kes positif ialah 11,224 dengan kebolehjangkitan 1,121 kes.

Ini perincian kes baharu tersebut:

Sabah mencatat 35 kes,
Kedah catat 13 kes,
Selangor 10 kes,
Johor lapan kes,
Sarawak empat kes,
Kuala Lumpur tiga kes,
Terengganu 10 kes,
Pahang dua kes,
Kelantan dua kes,
Perlis dua kes,
Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Labuan masing-masing satu kes.

Daripada 86 jangkitan tempatan berkenaan, 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 sept adalah sebanyak 88 kes.

Bagi tiga kes import pula, ia melibatkan dua dari Belanda dan satu dari Indonesia, masing-masing di Luala Lumpur.

Pada masa sama, terdapat dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes (1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

Kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.

Kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir.

Untuk maklumat lebih ringkas, berikut merupakan tumpuan kenyataan media KKM pada hari ini :-

1. Dua kematian baharu dilaporkan, melibatkan satu kes di negeri Kedah dan Sabah.

2. Jumlah kematian kini meningkat kepada 136 kes.

3. Kes positif turun kepada dua digit, selepas sebanyak 89 lagi kes dilaporkan.

4. Sebanyak 25 kes yang dilaporkan berpunca daripada individu yang pulang dari Sabah.

5. Terdapat satu lagi kluster dikesan di Kedah, iaitu Kluster Tembok melibatkan seorang lelaki warganegara malaysia iaitu kes ke-11,207 dan juga kes kematian ke-135 yang dilaporkan pada Rabu.

BACA: COVID-19: Dua kematian, 89 kes baharu dicatat