IPOH: Hanya 10 peratus rakyat di negeri ini yang dipercayai mempunyai kesedaran berhubung kepentingan pengurusan sisa produk elektrik dan elektronik (e-waste) terhadap alam sekitar.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak Rosli Zul berkata tahap kesedaran itu masih lagi rendah dan perkara tersebut berkait rapat dengan budaya atau sikap masyarakat yang suka menyimpan peralatan elektrik atau elektronik yang lapuk walaupun menyedari ia tidak lagi boleh digunakan.
"Perak mempunyai lebih 2 juta rakyat dan kalau mengikut pengiraan global seorang individu akan hasilkan lebih 2 kilogram (kg) e-waste. Berdasarkan anggaran itu, jumlah pengumpulan e-waste sepatutnya jauh lebih besar berbanding 314 metrik tan e-waste yang kita berjaya rekodkan pada tahun lepas.
"Punca utama adalah masyarakat kita masih ada sikap suka simpan peralatan lama yang telah rosak dan sebagainya. Alasannya, barang tersebut mempunyai banyak kenangan dan mempunyai nilai sentimental dalam kehidupan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Enviro Challenge Rakan Alam Sekitar di Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam di sini, hari ini.
Rosli berkata sikap seumpama itu sepatutnya dielakkan kerana ia tidak memberi sebarang nilai tambah atau manfaat kepada masyarakat.
Menurut beliau setakat ini terdapat lebih 30 pusat pengumpulan e-waste di Perak yang melibatkan kerjasama antara pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kita bekerjasama dengan PBT kerana mereka merupakan pihak yang paling dekat dengan masyarakat selain merupakan antara agensi utama yang memfokuskan kepada pengurusan membabitkan sektor perumahan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 17 pasukan melibatkan 68 individu terdiri dalam kalangan pelajar institusi pendidikan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dilaksanakan bersempena Hari Alam Sekitar Negara peringkat negeri.
Tambahnya, pertandingan berkonsepkan 'explorace' itu membabitkan beberapa lokasi di sekitar Ipoh seperti Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam, Taman Rekreasi Gunung Lang, Dataran Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Pasar Loken dan Terminal Amanjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Perkara tersebut berkait rapat dengan budaya atau sikap masyarakat yang suka menyimpan peralatan elektrik atau elektronik yang lapuk. - Gambar fail/Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pihak industri perlu bersama lupus sisa elektronik secara lestari, bukan lepas tangan - Nik Nazmi
Kaedah pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) melalui konsep Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) akan diperkasa.
Sisa berkaitan digital melonjak 30 peratus kepada 10.5 juta tan di peringkat global - PBB
Tiga pengeluar utama sisa itu pada 2022 ialah China (20.9 peratus), Amerika Syarikat (13.9 peratus) dan Kesatuan Eropah (12 peratus).
Kilang proses e-waste: Laporan polis, SPRM sudah dibuat
Tindakan pengusaha kilang ini jelas melanggar pelbagai peraturan yang terpakai dan mengingkari arahan yang dikeluarkan.
Terbuang jadi wang: RPS Ipoh berjaya kumpul 421kg e-waste
Ia sebahagian daripada Eco World Project sekolah itu yang bermula sejak dua bulan lalu, khusus untuk melestarikan alam sekitar.
Hanya 10 peratus rakyat Perak punyai kesedaran pengurusan e-waste
Perkara tersebut berkait rapat dengan budaya atau sikap masyarakat yang suka menyimpan peralatan elektrik atau elektronik yang lapuk.
JAS arah kontena bawa 'e-waste' haram dari Amerika Syarikat dihantar pulang
Arahan tersebut dikeluarkan selepas mendapati e-waste berkenaan dibawa masuk tanpa mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.
Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan
Pada penghujung tahun hadapan akan dilaksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik.