Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis mencadangkan agar hanya parti 100 peratus berasaskan Sarawak dibenarkan bergerak di negeri ini.
Sehubungan itu, kata beliau, mungkin ia sesuatu yang mendesak dan perlu untuk menggalakkan penubuhan parti pembangkang baharu yang berasaskan Sarawak sepenuhnya serta tidak bersekutu dalam apa jua cara pun dengan parti politik bukan dari Sarawak untuk menyertai politik di negeri ini.
"Bagi kami GPS (Gabungan Parti Sarawak), kami benar-benar sebuah parti berasaskan Sarawak dan diterajui hanya oleh anak Sarawak," kata Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
"Hari ini, kami tidak ada parti pembangkang yang 100% berasaskan Sarawak dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak hanya merupakan Pakatan Harapan kebangsaan cawangan Sarawak, yang berpusat di Semenanjung Malaysia, dengan pemimpinnya daripada Persekutuan Tanah Melayu," jelas beliau dan menambah bahawa PH Sarawak hanya boleh bersuara dengan amat sedikit tentang dasar kebangsaan bagi pihak Sarawak.
"Kita telah belajar daripada sejarah tentang bahayanya Sarawak menjadi terlalu rapat dengan parti daripada parti dari Semenanjung hingga terpaksa tunduk kepada politik kebangsaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Beliau berkata mereka juga tidak mahu bukan orang Sarawak mempengaruhi Sarawak di belakang tabir dan dalam konteks PBB, jelas beliau, "kami sentiasa membantah UMNO daripada melebarkan sayapnya ke Sarawak dan perkara ini akan terus menjadi dasar kami."
Jelas Abang Johari, oleh itu, adalah tidak silap apabila beliau menyekat mereka yang bukan merupakan orang Sarawak daripada memasuki negeri ini, dan mendakwa mereka mungkin berada di negeri ini bagi membangkitkan sentimen dan emosi yang boleh memusnahkan keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak.
"Risiko terdapat anasir yang mengganggu keamanan dan keharmonian kita adalah antara sebab utama saya tidak akan melepaskan hak Sarawak untuk mengawal dasar imigresen kita," tegas beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 14 2018
ABANG JOHARI: Kami benar-benar sebuah parti berasaskan Sarawak dan diterajui hanya oleh anak Sarawak.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.