Lebih 18,000 guru seluruh negara terpisah pasangan kerana mengajar di sekolah di negeri berlainan.
Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, daripada jumlah itu, hanya kira-kira 8,000 membuat permohonan pertukaran ke sekolah lain.
"Setakat September lalu, kira-kira 8,000 permohonan kita terima. Ia melibatkan pasangan guru dengan guru seramai 4,500 orang dan bakinya adalah pasangan guru dengan bukan guru," katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.
KPM juga telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Pertukaran Guru pada Disember lalu bagi meneliti kes-kes khas rayuan guru yang berpisah pasangan untuk diberi pertimbangan oleh Ketua Perkhidmatan.
"KPM boleh menawarkan kepada pasangan tersebut untuk ditempatkan bersama pasangan di negeri atau daerah yang mempunyai kekosongan perjawatan.
"Bagi kes kronik, KPM boleh menawarkan untuk ditempatkan di negeri atau daerah yang mempunyai kekosongan perjawatan dan mempunyai kemudahan perubatan yang sesuai," jelas beliau.
Bermula tahun ini, operasi pertukaran guru akan dilakukan sebanyak tiga kali setahun berbanding dua kali setahun sebelum ini.
"Operasi ini dilaksanakan pada Januari, April, dan September. Walau bagaimanapun, bagi guru yang sedang mengajar kelas peperiksaan di Tahun 6 , Tingkatan 3, dan 5, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan bagi sesi Januari dan April," kata beliau.
Setakat ini, katanya, 1,848 permohonan pertukaran guru yang terpisah pasangan telah diluluskan KPM.
"Ia melibatkan sejumlah 51.36 peratus (alasan terpisah pasangan) berbanding alasan-alasan lain," ujarnya lagi.
KPM, katanya, mengguna pakai sistem "lampu isyarat" yang dapat membantu menyelesaikan isu lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.
Pada masa ini juga, kementerian itu sedang mengkaji dan meneliti syor berkaitan guru-guru sebagai generalist teacher.
"Sekiranya ia boleh dilaksanakan, maka ini dijangka akan memberi lebih ruang untuk guru bertukar," tambah beliau.
Sebelum ini Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeriannya sedang menganalisis mekanisme baharu bagi mengatasi masalah lebih 30,000 guru yang berduka lara.
Beliau menggunakan istilah "duka lara" bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 13 2016
KHIR: Daripada jumlah itu, hanya kira-kira 8,000 membuat permohonan pertukaran ke sekolah lain. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hanya 8,000 daripada 18,000 guru 'duka lara' rayu tukar sekolah - Khair
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Pertukaran Guru pada Disember lalu bagi meneliti kes-kes khas rayuan guru yang berpisah pasangan.