Barisan Nasional (BN) menawarkan kestabilan yang tidak mampu disediakan oleh pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Katanya, BN telah wujud di negara ini lebih daripada 40 tahun manakala pembangkang telah melancarkan lima pakatan dalam tempoh 26 tahun dan ia tidak pernah kekal lebih daripada dua pilihan raya umum.
"Pada pilihan raya umum akan datang, pengundi akan dihidangkan dengan dua pilihan sama ada UMNO diketuai BN atau Pakatan Harapan pimpinan DAP. Ini adalah realiti yang dihadapi oleh pengundi seperti diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pengundi perlu menimbang apa yang BN boleh menawarkan berbanding apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Harapan," katanya dalam blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata pada Pilihan Raya Umum 2013, UMNO muncul sebagai rakan dominan dalam parti pemerintah BN manakala DAP dalam pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat.
Beliau berkata dengan terkuburnya Pakatan Rakyat dan penubuhan Pakatan Harapan dan juga PAS tidak lagi menjadi sekutu DAP maka DAP boleh dikatakan menguasai jalinan pembangkang.
"Pada 2013, UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen manakala DAP menang 38 kerusi, sekali gus menjadikan DAP sebagai parti politik kedua terbesar di Malaysia.
"DAP juga mendakwa ia mendapat sokongan 85 hingga 90 peratus pengundi Cina, di mana tiada parti politik lain boleh mendabik dada," katanya.
Semalam, Najib berkata pilihan raya umum ke-14 adalah persoalan pilihan sama ada memilih sebuah kerajaan diterajui UMNO atau kerajaan pimpinan DAP.
Dalam ucapan dasar Najib sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, presiden UMNO itu berkata rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera kini berada di persimpangan paling kritikal dalam sejarah politik di negara ini. - Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
Pengundi perlu menimbang apa yang Barisan Nasional boleh menawarkan berbanding apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Harapan, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.