PUTRAJAYA: Dakwaan wujud sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang akan menutup ladang ternakan selama dua hari bermula Sabtu ini sehingga menjejaskan bekalan ayam di pasaran adalah tidak benar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Beliau berkata pihaknya sebaliknya dimaklumkan terdapat hanya sebuah kilang ternakan ayam di Melaka akan ditutup selama dua hari, dan penutupannya tidak akan menjejaskan bekalan di pasaran.
"Kita terima surat penjelasan daripada syarikat yang dikatakan akan tutup ladang mereka. Penjelasan mereka tidak menggambarkan itu sebagai kartel untuk mengambil keuntungan berlebihan.
"Walaupun (ia) syarikat besar tetapi kita telah pastikan penutupan dua hari tidak jejaskan bekalan ayam di pasaran," katanya ketika dalam sidang media selepas melancarkan logo barang subsidi dan barang kawalan di kementeriannya di sini, hari ini.
Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam 60 sen.
Berita itu mendapat perhatian ramai kerana ia bukan sahaja bakal meningkatkan harga ayam di pasaran, malah jika benar, pengguna pula perlu berebut untuk mendapatkan bekalan ayam yang terhad.
Nanta berkata pasukan yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat industri ayam dijangka membentangkan hasil siasatan lengkapnya pada Julai ini.
"Harap bulan Julai nanti ada keputusan dan langkah tertentu untuk tangani masalah seperti kartel ayam," katanya.
Sementara itu di MELAKA, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata saiz ayam yang tidak mencapai standard tertentu merupakan faktor beberapa ladang ayam di sini mengambil tindakan menutup operasi selama dua hari.
"Ia bukan sebab protes seperti mana yang didakwa, dan kami ada menerima notis penutupan, malah ketika kita pergi memeriksa ke ladang semalam, memang keadaan fizikal ayam itu kurang daripada sepatutnya, sekitar 1.1kilogram (kg) hingga 1.2kg berbanding 1.8kg hingga 2kg. Keadaan ini tidak sesuai untuk dijual.
"Namun saya rasa ia bukan satu masalah dari segi bekalan di sini sebab Melaka mempunyai dua pengeluar utama di samping banyak pengeluar kecil-kecilan," katanya ketika ditemui pemberita di Program Pengguna Bestari, Sentuhan Kasih Aidilfitri KPDNHEP Melaka hari ini.
Norena seterusnya menegaskan tiada keperluan untuk pembelian ayam secara banyak (stokpile) oleh pengguna memandangkan tiada isu kekurangan bekalan di Melaka.
Jelasnya pembelian secara berlebihan untuk dijadikan stok hanya akan menyusahkan pihak lain terutama pada ketika ini sambutan hari raya masih diraikan.
"Jadi jangan panik kerana bekalan ayam tiada masalah dan dalam masa yang sama, harga masih kekal dengan RM8.90 sekilogram," katanya.
Menyentuh mengenai dakwaan bekalan tepung gandum berkurangan di Melaka, beliau menjelaskan bekalan masih stabil dengan 11 jenama tepung yang diberikan subsidi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Terdapat hanya sebuah kilang ternakan ayam di Melaka akan ditutup selama dua hari, dan penutupannya tidak akan menjejaskan bekalan di pasaran, kata Alexander. - Gambar hiasan
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Hanya sebuah kilang ternakan ayam ditutup dua hari, tidak jejaskan bekalan
Terdapat hanya sebuah kilang ternakan ayam di Melaka akan ditutup selama dua hari, dan penutupannya tidak akan menjejaskan bekalan di pasaran.