AUTA
Hari ini tular dalam media sosial memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disertakan kenyataan yang pantas mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dua gambar tersebar dan kenyataan pertama menunjukkan seolah-olah Guan Eng berkata ‘Henti beri bonus dan duit raya kepada penjawat awam’.
Kenyataan kedua pula mendakwa Guan Eng mengarahkan agar ribuan doktor Melayu Islam yang belajar di Mesir tidak diiktiraf kelayakan mereka.
Dalam gambar sama, turut tertulis perkataan ‘PH penghapusan hak Islam dan Melayu’.
FAKTA
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan status pelajar perubatan dari universiti di Mesir dan menghentikan pembayaran bonus dan duit hari raya penjawat awam.
Setiausaha Akhbarnya, Lutfi Hakim berkata, gambar yang tular dalam media sosial adalah palsu dan mesej itu bertujuan memfitnah menteri dan menimbulkan kerisauan orang ramai.
Menurutnya, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkaitan hantaran yang telah ditularkan melalui media sosial melibatkan menteri kewangan itu.
“Tuduhan ini palsu, tidak berasas dan amat keterlaluan kerana cuba timbulkan sentimen perkauman dan mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
“Tindakan menyebarkan gambar itu merupakan perbuatan jenayah di bawah pelbagai undang-undang termasuklah Kanun Keseksaan (terutamanya seksyen 505, 500, 124H, 124I) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233).
“Diharapkan polis dapat menyiasat asal-usul gambar tersebut dan individu yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan gambar dan kenyataan palsu berunsur fitnah dan berniat jahat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sinar Harian
Sat Mar 30 2019
Gambar yang tular dalam media sosial adalah palsu dan mesej itu bertujuan memfitnah menteri dan menimbulkan kerisauan orang ramai. -Foto Sinar Harian
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Facebook kini lebih 'garang' perangi ancaman berita palsu
Berita palsu menjadi antara ancaman utama dalam ekosistem komunikasi digital di seluruh dunia.
SPRM buat laporan polis berhubung ciapan palsu guna nama Latheefa Koya
SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
Video tular: Tidak masuk akal Ahli Parlimen boleh beri kerakyatan - Khairuddin
Beliau berkata demikian mengulas sebuah rakaman video yang mendakwa DAP Kepong sedang giat melakukan proses pendaftaran warga China.
'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menafikan dakwaan yang SPRM telah mengarahkan para jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 untuk memulangkan semula wang tajaan.
Nak tahu video palsu atau tidak? Ini apa anda perlu tahu
Media sosial merupakan satu medan penyebaran berita yang sangat cepat dan mudah.
Sidang akhbar Azmin umum bercuti disahkan palsu - Pegawai Kementerian
Kenyataan palsu itu turut menyebut menteri berkenaan akan berlepas ke luar negara selepas selesai sidang akhbar
Fahami sebab Jho Low sukar ditahan, elak sebar berita palsu
Kurangnya kefahaman ini menjadi penyebab mengapa ada segelintir netizen dilihat sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu.
Gobind puji sokongan Facebook tangani maklumat salah, palsu
Kerajaan menyedari bahawa penyedia media sosial telah melakukan banyak kerja pada kandungan yang dijana pengguna (UGC) untuk menentang pornografi kanak-kanak, keganasan dan ucapan kebencian.
Hapus hak Melayu Islam, henti beri bonus? - Imej tular adalah palsu
Gambar yang tular dalam media sosial adalah palsu dan mesej itu bertujuan memfitnah menteri dan menimbulkan kerisauan orang ramai.