KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melaksanakan sekatan harga maksimum biarpun harga barangan sedikit menggusarkan masyarakat di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, persoalan kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.
Dalam masa sama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya berjanji untuk menurunkan harga seperti sering dilakukan ahli-ahli politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.
“Perkara ini agak kompleks, bukan terletak pada KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna) semata-mata. Memang ada kenyataan saya bahawa harga mungkin akan turun, tetapi apabila saya buat kenyataan, kita akan cuba lakukan.
“Tapi awak patut tahu, isu ini sangat kompleks, bukan dalam tangan KPDNHEP semata-mata. Kalau nak buat janji, dulu Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun pernah kata, Pakatan Harapan menang (pilihan raya) hari ini, esok minyak turun. Tetapi tidak berlaku,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.
Media pada 25 November lepas melaporkan Alexander sebagai berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MoF) untuk menangani isu tersebut.
Beliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga.
“Kita tahu keluhan peniaga kecil ini kalau buat begitu saja tidak secara dengan ada solusi menyeluruh, holistik, atau membantu dalam erti mengurangkan kos operasi mereka, jadi memang peniaga ini teraniaya.
“Saranan Bagan itu betul, tepat, tapi kami risau, dan kami tak mahu tergesa gesa,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Nov 30 2021
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu kenaikan harga barangan adalah satu isu yang kompleks dan perlu libat urus semua pemegang taruh. - Gambar fail BERNAMA
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.