Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bahawa harga makanan dan barangan yang dijual di bazar Ramadan di seluruh negara adalah berpatutan.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kementerian bagaimanapun sentiasa menjalankan pemeriksaan dan akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 jika mendapati berlaku peningkatan harga.
"Buat masa ini belum ada tangkapan tapi kita sedang buat pemeriksaan untuk pastikan harga makanan di bazar Ramadan berpatutan tapi tak semua bazar Ramadan mahal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Hari Raya Puasa 2016 di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini.
Beliau berkata harga makanan di bazar Ramadan sepatutnya akan menjadi lebih murah dengan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula hari ini hingga 6 Julai depan.
Sebanyak 21 barangan terkawal melibatkan ayam hidup, standard dan super; telur ayam gred A hingga C; daging lembu tempatan dan import; daging kerbau yang diimport dari India; ikan kembung termasuk ikan mabung; ikan selayang dan ikan aya atau ikan tongkol.
Manakala sayur-sayuran pula terdiri daripada cili merah; tomato; kobis bulat diimport dari Indonesia dan China kecuali jenis Beijing; kelapa biji dan parut; bawang merah kecil (India); bawang besar import; bawang putih (China) dan ubi kentang (China).
Sementara itu Hamzah berkata pihak KPDNKK akan berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pemborong atau orang tengah bagi mengawal harga barangan yang tidak termasuk dalam skim kawalan.
"Tinjauan saya hari ini mendapati masih ada lagi orang tengah yang mainkan peranan sehingga harga barangan boleh dinaikkan dan diturunkan.
Saya minta pegawai-pegawai saya hubungi kebanyakan mereka yang menjadi orang tengah untuk menurunkan harga, sekurang-kurangnya dapat membantu peniaga," katanya.
Dalam pada itu Hamzah berkata pada tahun ini KPDNKK telah melakukan sebanyak 40,288 pemeriksaan terhadap premis perniagaan bagi tempoh musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.
"Daripada jumlah itu sebanyak 330 kesalahan bagi musim Tahun Baharu Cina, lapan kes bagi Hari Gawai dan lima kes bagi Pesta Kaamatan telah diambil tindakan," katanya.
Individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 boleh didenda di mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sebanyak RM50,000.
Sementara individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal boleh didenda mahkamah sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000.
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000 dan denda RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000 bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga.
Bernama
Thu Jun 16 2016
KPDNKK akan berusaha untuk mengadakan rundingan dengan pemborong atau orang tengah bagi mengawal harga barangan yang tidak termasuk dalam skim kawalan. - Gambar fail
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.