ALOR GAJAH: Kerajaan menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Katanya beliau sebelum ini menjangka harga komoditi tersebut akan merosot pada akhir tahun ini tetapi ia berlaku lebih awal berikutan faktor larangan eksport oleh Indonesia dan perang Ukraine.
"Harga sawit tidak jatuh sampai kepada tahap RM2,500 seperti dulu, tetapi seperti yang saya telah jangkakan dahulu saya kata harga sawit norma baharu akan jatuh antara RM4,500 dan RM5,000 satu tan. Oleh itu, kita kini dalam fasa tersebut.
"Jangkaan saya harga tersebut berlaku pada akhir tahun ini tetapi berikutan gangguan dalam pasaran pada masa ini, (iaitu) Indonesia melarang eksport minyak sawit dan kemudian perang Ukraine menyebabkan harga sawit mula turun.
"Itu yang saya jangka dan ia akan naik semula tetapi norma baharu antara RM4,500 dan RM5,000 satu tan. Jadi apa pun pekebun sawit masih menikmati harga yang tinggi dan masih lagi mendapat pendapatan yang tinggi," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke plot penanaman 'single origin' Panchor di Ladang Koko Ting Agro Enterprise (TAE) di Kampung Panchor di sini.
Harga MSM menunjukkan arah aliran penurunan bermula 7 Jun lepas iaitu daripada RM6,753.50 satu tan kepada RM5,046.00 satu tan pada 22 Jun atau penurunan sebanyak 25.3 peratus dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.
Dalam pada itu, Zuraida berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menarik atau menggantung lesen mana-mana pengilang minyak masak paket 1 kilogram (kg) jika terbukti mereka menjualnya di pasaran gelap.
Beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi untuk kegunaan kira-kira 32 juta rakyat di negara ini.
"Kita dah kira rakyat Malaysia seramai 32 juta orang. Kalau 60,000 tan metrik, setiap rakyat Malaysia akan mendapat sekurang-kurangnya 2 kg (minyak masak) setiap bulan. Satu keluarga (secara purata) boleh mendapat 10 kg satu bulan," katanya.
Terdahulu, Zuraida menyerahkan sumbangan daripada Majlis Getah Malaysia (MRC), Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berjumlah RM250,000 kepada 50 penerima dalam kalangan pekebun kecil getah dan keluarga B40 di Kampung Bukit Payung di sini.
Sumbangan itu merupakan bakul makanan terdiri daripada beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak dan wang tunai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Pekebun sawit masih menikmati harga serta pendapatan yang tinggi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.
India minta enam juta metrik tan minyak sawit dari Malaysia - TPM Fadillah
Eksport minyak sawit mentah (MSM) ke India terus memberi perkembangan positif apabila permintaan MSM negara itu meningkat kepada enam juta tan metrik.
Ketua Pegawai Kewangan MSM diarah bercuti untuk mudahkan siasatan dalaman
Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.
Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya
Minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan.
Stok minyak sawit Malaysia susut 6.56 peratus pada Februari 2023
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
MSNR rapatkan jurang pendapatan pekebun dan peladang kecil - Fadillah
Malaysia bakal memperkenalkan garis panduan baharu pembangunan industrI getah yang dikenali sebagai Malaysia Sustainable Natural Rubber (MSNR).
Stok minyak sawit Malaysia dijangka meningkat kepada 2.5 juta tan pada akhir Oktober
CGS-CIMB Research yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022.
India import 353,556 tan minyak sawit Malaysia pada Ogos 2022
Import minyak sawit India dari Malaysia pada Julai berjumlah 237,778 tan dan daripada jumlah itu, 215,064 tan ialah MSM.