Harga RON97 turun 3 sen kepada RM2.99, RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
Disember 8, 2021 10:10 MYT
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, harga runcit petrol RON97 turun kepada RM2.99 seliter sementara RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga RON97 turun tiga sen seliter, harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh bermula esok (9 Disember) sehingga 15 Disember, 2021.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 turun kepada RM2.99 seliter sementara RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan turut memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.
#RON97 #RON95 #diesel #Kementerian Kewangan