Harga runcit petrol, diesel naik bermula 13 Julai

Astro Awani
Julai 12, 2017 10:57 MYT
Harga petrol RON95 naik 4 sen kepada RM1.97 seliter, RON97 naik 3 sen kepada RM2.22.
Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini mencatatkan kenaikan.
Harga petrol RON95 naik 4 sen kepada RM1.97 seliter, RON97 naik 3 sen kepada RM2.22, manakala diesel pula naik 5 sen kepada RM1.96.
Harga baharu ini berkuat kuasa mulai 13 Julai hingga 19 Julai.
#harga minyak #petrol #RON95 #RON97