Harga petrol RON95 naik lima sen dari RM1.38 sen seliter iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.43 seliter bermula 12 tengah malam nanti.

Harga runcit bagi RON97 juga naik lima sen seliter iaitu dari RM1.68 seliter kepada RM1.73 seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi minyak diesel turut naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM1.51 seliter kepada RM1.61 seliter.

Harga tersebut adalah bagi tempoh 30 Mei 2020 sehingga 5 Jun 2020.

“Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik APM).