PUTATAN: Sudah menjadi kelaziman buat Awang Akub Mohd Amir setiap kali menjelang Ogos untuk beliau mengekspresikan semangat patriotik dan rasa cintanya terhadap tanah air dengan mengibarkan ratusan Jalur Gemilang menghiasi halaman rumahnya di Kampung Lok Kawi Baru, dekat sini.
Pesara kerajaan itu mengambil inisiatif tersebut bagi menggelorakan semangat patriotik sepanjang Bulan Kebangsaan, selain tanda menghargai nikmat kemerdekaan dikecapi negara selama ini.
Tahun ini, Awang Akub, 61, meneruskan tradisi menghiasi halaman rumahnya dengan kira-kira 700 helai Jalur Gemilang dan bendera Sabah pelbagai saiz yang dipasang secara kreatif selain mengibarkan bendera negeri-negeri lain serta menghasilkan beberapa dekorasi menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64.
"Saya membelanjakan hampir RM700 untuk membeli Jalur Gemilang, bendera Sabah dan bendera negeri-negeri lain. Saya mengambil inisiatif ini secara sukarela dan tanpa paksaan untuk kepuasan sendiri bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
"Sudah menjadi tradisi, saya memasang Jalur Gemilang di sekitar rumah pada Ogos setiap tahun, ini penting kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu bangga dan gembira (hasil kemerdekaan) kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya kepada Bernama.
Awang Akub berkata beliau turut melibatkan anak-anaknya untuk memberi idea kreatif mendekorasi halaman rumah kerana semangat patriotik dan nasionalisme amat penting diterapkan dalam jiwa generasi muda.
"Saya libatkan anak-anak memasang bendera bagi memeriahkan sambutan kerana ini penting supaya generasi muda ini dapat benar-benar menghayati erti nikmat kemerdekaan. Kita perlu menerapkan elemen semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara dalam jiwa mereka," katanya.
Seorang lagi pesara kerajaan Jainudin Sudin, 61, berkata beliau menghiasi halaman rumahnya dengan Jalur Gemilang bukan sahaja untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan di kampung itu tetapi juga sebagai menzahirkan perasaan gembira serta mensyukuri nikmat kemerdekaan.
Jainudin berkata lebih 100 bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah pelbagai saiz dipasang menghiasi kediamannya yang turut diindahkan dengan kibaran bendera dari negeri-negeri lain.
"Saya bangga menjadi anak Malaysia. Semangat saya berkobar-kobar untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Ini juga salah satu cara untuk kita sebagai anak jati Malaysia menaikkan semangat patriotik dan menghargai kemerdekaan dimiliki negara kita," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lok Kawi Baru Mohamad Fendi Moksin berkata kira-kira 1,000 helai Jalur Gemilang dan bendera Sabah diagihkan kepada penduduk untuk dikibarkan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Beliau berkata ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif pertandingan kibar Jalur Gemilang dan rumah patriotik anjuran JPKK kampung itu, dan setakat ini seramai 20 ketua isi rumah menyertai program tersebut.
"Pertandingan ini bermula pada 16 Ogos hingga 16 Sept ini. Sambutan sangat menggalakkan kerana penduduk kampung begitu bersemangat untuk memeriahkan Hari Kebangsaan tahun ini meskipun perlu mengikut prosedur operasi standard memandangkan kita masih berdepan dengan wabak COVID-19," katanya.
Mohamad Fendi berkata pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Bahagian Putatan dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Putatan yang membekalkan Jalur Gemilang serta bendera Sabah untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
JPKK Kampung Lok Kawi Baru akan menjadikan program itu sebagai acara tahunan sambutan Hari Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Jainudin Sudin, 61, menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Kampung Lok Kawi Baru. -Bernama
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
13 pendaki mula cabaran kibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya
Seramai 13 orang pendaki akan menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula hari ini sehingga 13 Mac 2024.
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Malaysia tekad kibar Jalur Gemilang di Kejohanan Dunia Pelayaran
Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023
Memecah keheningan seawal 1 pagi, lautan manusia membanjiri setiap sudut di sekitar Dataran Putrajaya, lokasi utama sambutan kali ini.
12 tahun Tazar abadikan rasa cinta negara, hias kereta, laman dengan Jalur Gemilang
Tazar berkata, minatnya menghias kereta dengan lebih 100 bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula sejak dia berusia 30-an.