PUTRAJAYA: Polis akan melakukan pemantauan di kawasan tumpuan awam di sekitar Putrajaya esok bagi memastikan tidak berlaku perhimpunan orang awam menyaksikan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata beliau memahami semangat berkobar-kobar orang awam untuk bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan tahun ini, namun sewajarnya sambutan itu dihayati dalam norma baharu ekoran pandemik COVID-19.
"Orang awam khususnya warga Putrajaya disaran meraikan sambutan secara maya dan menyaksikan pertunjukan itu yang disiarkan secara langsung di televisyen," katanya kepada Bernama hari ini mengenai persiapan dan penugasan polis sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 esok di Dataran Pahlawan Negara di sini.
Beliau berkata 235 pegawai dan anggota polis ditugaskan esok untuk memastikan sambutan tahun ini di Putrajaya berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berharap orang awam khususnya penduduk Putrajaya mematuhi semua peraturan dan SOP serta tidak berkumpul dalam kapasiti yang besar selain memastikan penjarakan sosial dijaga sebaiknya.
"Kita akan memastikan masyarakat mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya. Yang paling penting kita jaga kita, jaga penjarakan sosial anda dan pastikan tidak membawa anak-anak kecil untuk berada di tempat awam," katanya.
Bertema Malaysia Prihatin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkonsep secara terbuka, terkawal dan berskala kecil, serta pembabitan fizikal yang terhad tanpa membabitkan kehadiran orang awam di lokasi.
Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bermula 8 pagi secara siaran langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan atau melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 dan Jabatan Penerangan.
Antara acara persembahan yang akan berlangsung sempena Hari Kebangsaan 2021 adalah persembahan drumline oleh Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan anggota uniform dan persembahan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Polis akan melakukan pemantauan di kawasan tumpuan awam di sekitar Putrajaya esok bagi memastikan tidak berlaku perhimpunan orang awam menyaksikan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021. - BERNAMA
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.