WASHINGTON DC:Penggal pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hanya berbaki satu hari lagi ketika persiapan pelantikan penggantinya di White House, Joe Biden pada Rabu sedang giat dijalankan.
Bilionair hartanah yang tidak pernah lekang dengan kontroversi itu sekali lagi sengaja mencetuskan kekecohan dan kemarahan pentadbiran Biden pada Isnin apabila beliau sewenang-wenangnya menarik sekatan perjalanan individu dari United Kingdom (UK), Ireland dan Kesatuan Eropah serta Brazil yang kini berdepan ancaman virus bermutasi bermula Selasa depan.
“Atas nasihat pasukan perubatan kami, pentadbiran Biden tidak berhasrat untuk menarik balik sekatan terbabit.
"Sebaliknya, kami merancang untuk mengetatkan langkah kesihatan awam membabitkan perjalanan antarabangsa sebagai usaha mencegah penularan Covid-19.
“Situasi pandemik ini semakin buruk dan varian lebih berjangkit kini menular di seluruh dunia. Ia bukan masa yang sesuai untuk menghapuskan sekatan perjalanan antarabangsa,” tegas Jen Psaki yang merupakan Setiausaha Akhbar pentadbiran Biden.
Selain itu, Trump juga dijangka memberikan kira-kira 100 pengampunan dan meringankan hukuman penjara terhadap beberapa individu termasuk penjenayah kolar putih selepas pentadbiran beliau mengadakan mesyuarat untuk memuktamadkan senarai tersebut pada akhir minggu lalu.
Trump dikatakan masih mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sehingga tengah hari Rabu sebelum proses peralihan kuasa di White House berkuat kuasa.
Presiden ke-45 AS itu juga merancang majlis perpisahan sendiri di pangkalan tentera di Maryland, kira-kira empat jam sebelum Biden mengangkat sumpah jawatan di Capitol, Washington.
Pada mulanya, Trump dikatakan mahu diraikan dengan perarakan tentera yang besar dan turut dihadiri kumpulan penyokongnya.
Namun, hasrat itu dijangka tidak kesampaian gara-gara insiden pencerobohan ke atas Capitol dilancarkan kumpulan pro-Trump dan imejnya yang semakin tercalar selepas berdepan undian pemecatan kali kedua di Dewan Perwakilan AS dan sejumlah siasatan kes jenayah serta sivil.
Dalam perkembangan berkaitan, keputusan tinjauan Gallup mendapati sokongan terhadap beliau telah menurun kepada 34 peratus pada titik paling rendah sejak kaji selidik itu dijalankan pada 1940-an.
Keputusan itu diperoleh berdasarkan tinjauan yang dibuat sebelum insiden rusuhan ganas di Capitol pada 6 Januari lalu yang menyaksikan sokongan ke atas beliau menjunam kepada 12 mata peratusan sebelum Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada 3 November lalu.
Ia turut membandingkan beliau dengan 12 pendahulunya yang menunjukkan peratusan sokongan diraih beliau sama seperti yang diperoleh Presiden ke-43 AS, George W Bush dan Presiden ke-39 AS, Jimmy Carter, manakala Presiden ke-33 AS, Harry S Truman merekodkan angka paling rendah iaitu 32 peratus.
Presiden ke-44 AS, Barack Obama yang menjadi pemimpin kulit hitam pertama dilantik mentadbir White House dan memegang pentadbiran selama dua penggal bagaimanapun memperoleh sokongan sebanyak 59 peratus.
Sinar Harian
Wed Jan 20 2021
Penggal pemerintahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hanya berbaki satu hari lagi ketika persiapan pelantikan penggantinya di White House, Joe Biden pada Rabu sedang giat dijalankan. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.